
Tertarik dengan cara baru berblog yang digunakan oleh beberapa blogger tanah air kita ini, iaitu live blogging, aku telah terjebak untuk mencuba kaedah ini.
Live blogging satu kaedah berblog dengan menggunakan handphone amat menarik untuk di cuba. Dengan hanya menggunkan handphone nokia 6120 sahaja aku mampu untuk membuat live blogging. Ada yang kata live blogging ni perlu menggunakan handphone yang mahal2 seperti iPhones, blackberry atau nokia siri-N. Itu adalah pemahaman yang salah. Apa yang penting handphone anda boleh menghantar MMS, itu sudah memadai.
Apa yang bestnya?
Ke-best-an itu bergantung kepada anda sendiri, jika anda rasa tak best, tak best la jadinya. Yang penting anda suka dan happy dengan apa yang anda buat. Apa aku mengarut ini.
Ok la, bestnya yang aku rasa, apa saja yang terlintas depan anda dan rasa nak dikongsikan, boleh terus publish dalam blog. Contohnya anda nampak kucing tengah mengawan dan anda rasa nak dikongsikan bersama pembaca blog anda, snap gambar and terus publish.
Aku tak akan sediakan tutorial dalam ini, sebab aku bukan la orang yang mahir dalam memberikan tunjuk ajar berkaitan ilmu ini. So, jika anda berminat boleh la membuat rujukan di beberapa blog yang aku sediakan ini. Aku juga refer daripada blog mereka.
- justkhai
- knizam
- blowie
Pada awalnya aku nak mix live blogging ini dalam azwananuar.com tapi selepas difikiran balik, aku akan menjadikan blog lama aku di blogspot untuk dijadikan moblog ini.
Kenapa tak disatukan sahaja?
Aku rasa tak nak campur aduk la live blogging dengan blog aku. Dalam azwananuar.com aku boleh tulis apa sahaja yang aku rasa dan apa sahaja yang aku nak kongsikan dengan lebih selesa dan lebih panjang. Dalam live blogging munkin aktiviti harian, pelbagai gambar yang di snap secara langsung dan tak banyak yang akan aku tuliskan. Susah la nak tulis panjang2 guna handphone.
Ok la. Selamat mencuba kepada yang berminat.
Jemput la datang ke wandisini.net







Mr.Sempoi says:
September 2nd, 2009 at 5:17 pm
livr blogging ni skadar kongsi gambar or bleh tulis journal panjang2 skali ?
p/s: baru jer tau pasal ni .. nice info
[Reply]
azwan Reply:
September 2nd, 2009 at 6:44 pm
bole tulis panjang2 kalau ko larat la. aku akan tulis sikit je, sbb susah la nak tulis panjang2 pakai handphone. try la bro. best.
macam mana nak buat boleh refer kat blog yang aku bagi tu.
[Reply]