
Pada hari sabtu (21 Ogos 2010) yang lepas aku telah pegi ke jamuan berbuka puasa bersama kawan-kawan kelas masa belajar dulu. Kira macam gathering lah jugak. Tapi tak dapat kumpul semua orang, hanya kawan-kawan yang duduk disekitar lembah klang je. Ada yang duduk lembah klang tapi tak dapat hadir atas sebab hal yang tidak dapat dielakkan.
Actually jamuan berbuka puasa beramai-ramai ni dah jadi macam acara wajib setiap kali bulan ramadhan menjelang. Ianya bermula sejak kami semua menamatkan pengajian pada tahun 2006. Kalau tak salah perkiraan aku ini adalah kali ke 4 kami membuat acara macam ini.
Kalau tak buat, nanti akan ada yang bertanya. “azwan, tak buat ke berbuka ramai-ramai tahun ini” so, nak tak nak kena buat juga lah. sebab nanti akan ada yang bertanya, dan kebiasaanya aku yang akan menjadi koordinator untuk acara macam ni.
Bila dah berkumpul ramai-ramai ini banyak lah perkara yang ingin dibualkan. Cerita hal peribadi masing-masing, cerita pasal tempat kerja masing-masing dan kadang-kadang akan tercerita kembali kisah-kisah lama semasa study dulu. Ada yang datang dah bawa anak-anak. Ada yang datang membawa perut yang berisi anak. Ada yang bawa suami/isteri, bakal suami/isteri, tunang. Seronok dapat berkumpul balik ini.

Jamuan kali ini telah diadakan di Red Flamed Cafe@Wisma Kagumas, Bandar Baru Bangi. Makanan disediakan secara buffet. Harga bagi seorang dewasa ialah RM30 dan kanak-kanak RM15.

Makanan yang disediakan juga ada pelbagai jenis. Cuma bila betul-betul dekat nak waktu berbuka, orang dah mula ambil makanan, makanan habis. Maklumlah dah lapar, mula lah ambil makanan ikut nafsu. Akibatnya aku tengok, ada je makanan yang lebih tidak dimakan atas meja semua orang, tak terkecuali meja kami juga. Bukan ke molek jika ambil makanan yang ingin dimakan je dulu. Sebab tamak, habis semua jenis makanan di ambilnya. Bila dah kenyang, dah tak makan makanan yang diambil tadi. Membazir namanya itu, bukankah membazir itu amalan syaitan.

Tapi jangan risau, pihak cafe akan menambah mana-mana lauk yang dah habis, tapi kalau lauk yang jadi favorite memang tambah pun habis jugak. Dari segi rasa, aku rasa boleh lah, boleh telan lah, tak ada lah sampai aku rasa nak muntahkan balik. Kambing golek antara makanan kegemaran aku, tapi akibat kekenyangan perut disumbat dengan pelbagai jenis makanan, aku cuma makan sikit je kambing tu.
Di situ terdapat juga surau bagi menunaikan solat. Suraunya agak luas dan selesa, mampu memuatkan lebih kurang 20 orang jamaah. Bagi kaum hawa, digalakkan bawa telekung sendiri. Menurut tunang aku cuma ada 1 telekung je dalam itu.
Untuk ke sana, bagi aku amat mudah lah. Tapi bagi yang tidak tahu jalan payah sikit lah. Anda perlu ikut signboard ke bandar baru bangi. Ianya akan lebih senang dari tol kajang. Jika exit dari tol kajang. Anda terus menghala ke arah bandar baru bangi. Wisma Kagumas itu akan berada sebelah kanan anda. Bangunan warna kuning cair.
Untuk tempahan tempat boleh hubungi 03-89268954.
Red Flamed Cafe@Wisma Kagumas
18, Jln 9/3, Tmn IKS Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor







Syafrizal says:
August 24th, 2010 at 12:19 am
bagus la kalau ada tempat untuk solat..
jangan nak buka je tapi solat tinggal hehe
Syafrizal´s last [type] ..Sijil Halal- Jakim ibarat ‘harimau tanpa taring’
[Reply]
azwan Reply:
August 24th, 2010 at 9:45 am
memang aku akan pastikan akan da tempat solat kalau cari tempat berbuka. tapi bila dah kenyang, liat je nak bangun pergi surau itu
[Reply]
Mr.Z says:
August 24th, 2010 at 2:31 am
mesti meriah kan..
lagi2 dengan rakan2..
harganya pun agak berpatutan
Mr.Z´s last [type] ..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53 Malaysia!
[Reply]
azwan Reply:
August 24th, 2010 at 9:50 am
memang harga bajet itu. aku pun tak nak lah cari harga yang mahal. kadang2 harga buffet sesetengah tempat itu macam boleh digunakan untuk makan sebulan
[Reply]
zik says:
August 25th, 2010 at 2:54 am
wah meriahnya…
tempat solat ada bagus2x…
zik´s last [type] ..Psikologi Harga
[Reply]
azwan Reply:
August 25th, 2010 at 12:26 pm
meriah lah jugak, kalau betul-betul semua ada, lagi meriah. makan, makan juga, solat jangan tinggal
[Reply]
gnesop.com says:
August 25th, 2010 at 4:48 pm
mmg macam best juga..
surau atau ruang solat adalah penting!!
gnesop.com´s last [type] ..Pandu berhemah dapat diskaun tol
[Reply]
azwan Reply:
August 26th, 2010 at 5:52 am
memang penting, kalau dah berbuka pastu tak solat. takut puasa jadi sia-sia
out of topic : berapa harga er6n sekarang ni eh? geram lah tengok. heh…
[Reply]
gnesop.com says:
August 26th, 2010 at 7:48 am
baru OTR: RM36000
pemanduan steady.. tidak terlalu penat dan senang mencelah
2ndhand tgk tahun.. 25k – 30K
rujuk mudah.my utk lihat pasaran
ER6n mmg syok..
gnesop.com´s last [type] ..Pandu berhemah dapat diskaun tol
[Reply]
azwan Reply:
August 26th, 2010 at 10:30 am
thanks for the info. buat masa sekarang nak guna duit tuk meninggalkan dunia bujang. nampak gaya lambat lagi nak sambar ER6n tu. tapi aku memang geram je tengok ER6n ni..gerammm..kalau dapat, nak gigit je seat dia tu..
[Reply]