Majlis Perkahwinan
Posted on January 4, 2010
Filed Under MyCherita | 10 Comments

Selamat tahun baru kepada anda semua.
Bulan disember yang sudah berlalu. Berapa banyak majlis perkahwinan yang telah anda pergi? Aku rasa ramai antara kita yang dapat kad jemputan hampir di setiap hujung minggu bulan disember lepas. Maklum lah kan, hampir setiap jumaat bulan disember ada cuti umum. Dikesempatan itulah ramai yang memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan pada hujung minggu di bulan disember.
Adakah anda ada mengalami situasi ini. Majlis perkahwinan siapa yang harus pergi dan kenduri kahwin siapa yang tidak perlu pergi?
Kawan kawin lah, budak office kawin, anak bos kawin, bos kawin, sepupu atau sedara mara kawin. Macam mana anda nak memilih kenduri mana yang patut pergi dan tidak patut pergi?
Aku pernah dengar ustaz cakap.
Memenuhi undangan walimah hukumnya adalah wajib melainkan ada alasan yang tertentu dan tidak dapat dielakkan. Ini kerana disamping kita menghadiri majis walimah tersebut, pada masa yang sama, yang diraikan mengharapkan doa anda agar hubungan mereka berkekalan.
Bagaimana ingin memenuhi undangan semua jika berlaku pada hari yang sama dengan jarak yang jauh? Kita kalau boleh memang tidak mahu mengecewakan sesiapa yang menjemput, tetapi masa dan jarak yang tidak membenarkan untuk hadir ke kenduri tersebut.
Kriteria aku dalam pemilihan majlis perkahwinan ialah jarak dan masa. Jika rumah pengantin berada pada jarak yang dekat, munkin boleh cover 2 tempat terus. Tapi kalau jarak yang jauh. Memang dapat datang 1 tempat je lah.
Bagi kawan2 aku, yang aku tidak dapat hadirkan diri ke majlis perkahwinan anda, aku minta maaf banyak2. Sapa suruh pilih bulan 12.haha…
Tahukah anda?
Kadar kemasukan ke wad bersalin pada bulan 9 atau bulan 10 sangat tinggi. Kenapa? Sebab perkara macam ini lah. Tiap kali cuti sekolah je ramai yang kahwin. Sesak jadinya wad bersalin kat hospital tu. Tidak faham?? Lu pikir lah sendiri.hehe..

Bercerita tentang kad kahwin pula.
Ada sesetengah orang yang terlampau menitik beratkan soal kad kahwin. Ada yang sanggup berhabis untuk kad kahwin. Biarlah sekeping RM5 pun tidak mengapa, yang penting cantik dan diri sendiri puas hati. Perlukah berhabisan semata untuk kad kahwin anda. Kenapa tidak digunakan peruntukan yang banyak untuk kad kahwin itu kepada perkara lain, seperti menyewa camera man ke? kan lebih berbaloi walaupun terpaksa membayar pada harga yang mahal.
Berapa ramaikah antara kita yang hobinya mengumpul kad kahwin? munkin ada tapi tidak ramai. Setakat ini kawan2 aku tidak ada seorang pun yang hobinya mengumpul kad kahwin.
Biasanya selepas kita mendapat kad jemputan ke majlis perkahwinan, lepas kita tengok alamat rumah, map ke rumah pengantin, kemanakah kad jemputan itu pergi. Ada yang dah buang, ada yang tercicir kat mana2 lah. Ada yang terselit kat dalam surat khabar lah. So, kenapa perlu berhabisan membeli kad jemputan yang mahal sedangkan tidak ramai yang menghargainya. Ada kad kahwin yang pernah aku dapat, ditempah di bandung indonesia. Memang cantik lah. Tapi perlukah sampai macam itu sekali.
Bagi yang berkemampuan dan tidak kisah untuk menghabiskan duit demi hari bahgia anda. Aku tak kisah pun. Sebab bukannya anda pakai duit aku untuk buat semua itu.
Bagi aku, yang paling penting ialah kehidupan selepas majlis perkahwinan itu. Mampukah diharunginya bersama dengan aman dan bahgia. Apa guna jika majlis perkahwinan hebat dan gah tetapi tidak bahgia selepas itu.








x-po says:
January 5th, 2010 at 2:50 am
aku xske gi majlis2 kahwin sbb mls nk sesak2 dgn org..hehe
[Reply]
azwan Reply:
January 5th, 2010 at 9:20 am
uit…tak elok macam itu x-po..
majlis kahwin mana yang ko pergi ni, sampai sesak dengan orang. setakat ni aku gi majlis kahwin walaupun sesak, tetap dapat tempat duduk untuk makan. tak da lah sampai kena makan berdiri.
tujuan kita dijemput ke sesuatu majlis perkahwinan adalah untuk kita mengimarohkan/memeriahkan majlis. besar harapan mereka yang menjemput kita tu untuk kita hadir.
apa perasaan ko, bila ko kahwin, kawan2 tak nak datang pulak. semua bagi alasan “aku malas gi majlis kahwin ko lah, sesak dengan orang..” so kalau ada kesempatan dan kelapangan dan tiada perkara yang menghalang, datang la penuhi jemputan itu.
kawan aku ada cakap macam ini dulu “aku datang ke tak, dia tetap dah kawin pun, nikah pun lepas”
ok terpulang lah..
[Reply]
fazarudin says:
January 8th, 2010 at 5:12 pm
camne..dah kawen ke bro ?
[Reply]
azwan Reply:
January 11th, 2010 at 4:17 pm
belum kawin lagi lah
maybe tahun ini juga, tapi tarikh masih tak dapat ditetapkan lagi
[Reply]
azizan4444 says:
January 9th, 2010 at 3:52 pm
aku rajin gak g kenduri kawen…lg2 kawan kawen..mkn free..hehehe
[Reply]
azwan Reply:
January 11th, 2010 at 4:15 pm
makan free eh…
jangan makan je weh…time salam tuan rumah tu kena faham2 lah.hehe..
[Reply]
azizan4444 says:
January 11th, 2010 at 7:23 pm
slm mne ley lupe bro…lg2 slm ng bini die tu..hehe
graw je..ekeke
[Reply]
azwan Reply:
January 12th, 2010 at 11:09 pm
oit…beraninya lu bro salam dengan bini orang yang baru kawin, kena hunus dengan keris pendekar nanti.hahah…
[Reply]
surihati_ku says:
March 3rd, 2010 at 3:54 pm
salam..
yang penting akad nikah sahaja..lain-2 kurang penting..
jika blh biarlah majlis tu diadakan scra sederhana itu sudah memadai..
[Reply]
azwan Reply:
March 3rd, 2010 at 8:09 pm
wslm.
memang elok buat secara besederhana. tak perlu nak membazir. yang penting kehidupan berkeluarga selepas itu
[Reply]