• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Masihkah Ada Cinta


Aku tidak perah menulis tentang cinta dalam blog ini. Ini 1st time aku menulis sesuatu tentang cinta. Love is cinta. Cerita ini adalah benar dan telah ditokok tambah untuk menjadikannya lebih menarik dan sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.

Aku ada seorang kawan, cukuplah untuk aku menamakannya sebagai Z yang sudah bertunang dengan A selama lebih kurang setahun. Sebelum bertunang mereka telah bercinta selama lebih kurang 2 tahun. Hubungan mereka sebelum ini tidak menampakkan wujudnya masalah. Kebahagian mereka boleh diibaratkan seperti mana bahagianya Bung Mokhtar Radin dan Zizie Ezette.

Baru baru ini Z memberitahu aku, hubungan mereka bagai telur dihujung tanduk, bagai retak menanti belah, bagai linda onn dan fahrin ahmad (tapi Z tidak lah sekacak fahrin ahmad)

Menurut Z sikap A telah berubah baru baru ini. A merasakan seperti sudah tidak ada keserasian diantara mereka. Masihkah ada cinta. A juga kerap kali mengungkit kembali teguran-teguran yang pernah Z buat kepada A sebelum ini. A menganggap teguran itu semua seperti menghalang dan mengongkong dirinya. A ada memberitahu Z, selepas mereka menjalinkan hubungan, A telah banyak meninggalkan kawan-kawannya dan banyak perkara yang dia suka lakukan terpaksa dilupakan.

Z memberitahu, masalah mereka ini bukannya berpunca dari orang ketiga, keempat atau kelima dalam hidup mereka. Mana munkin Z bermain kayu tiga, kerana paras rupanya tidak sekacak Salih Yaccob mahupun Acapan. Bukan juga kerana cinta di halang oleh orang tua. Perkara ini berlaku akibat perubahan mendadak sikap A seperti cuaca di Malaysia ketika ini, dalam panas terik boleh hujan pula.

Seribu kali sayang, sangkaku kan ke mati
cerita kasih kita, rupanya seketika
setelah merelakan, setelah kau bisikkan
segugus janji janji, tergamak kau mungkiri
~ Seribu Kali Sayang – Iklim

Keluarga A telah mengetahui masalah mereka ini. Apa yang membuatkan Z terharu ialah, ibu A amat menyokong dan memberikan nasihat agar Z terus memujuk A untuk menjernihkan kembali keadaan.


Z telah berusaha sebaik munkin untuk memperbaiki hubungan mereka ini. Cinta kasih dan sayang Z terhadap A masih kukuh. Cinta Z terhadap A ibarat teguhnya banjaran titiwangsa. Tingginya bak bintang dan bulan dilangit. Seluas angkasa yang tiada penghujungnya.

Aku lemah tanpa kamu, Ku ingin mu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cinta mu
hanya kamu…
~ Sampai Syurga – Faizal Tahir

Ada beberapa cadangan dari teman-teman rapat Z untuk memujuk kembali hati A agar menerimanya semula.

Antaranya ialah cadangan dari seorang sahabat yang berada di Kuala Kubu Bharu, Sam (bukan nama sebenar). Beliau mencadangkan agar Z membuat satu kejutan kepada A, seperti datang ketempat kerja A dengan membawa bunga dan coklat.

Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang ada unsur romantika. Contohnya seperti: Sayang, ingatkah suatu ketika dulu kita berjalan-jalan di karnival jom heboh shah alam. Panas terik membuatkan kita kehausan. Aku membeli secawan air tebu dan kita kongsi bersama minum di bawah pokok di sebelah tandas awam. Sungguh bahagia kita di waktu itu.

Tujuan SMS dihantar munkin dapat melembutkan hati A. Tapi Z menolak idea tersebut, kerana jiwa A bukan begitu.

Idea aku.
Lupakan je lah dia. Munkin dia tak sesuai untuk kau. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mulai sekarang kau cuba banyakkan keluar dengan kawan kawan. Belanja mereka makan, tengok wayang ataupun pergi ber karaoke. Dengan cara ini ko dapat menghiburkan hati kawan kawan. Bila kawan kawan terhibur, kau juga akan turut terhibur. Bernas tak idea aku ni? bijak kan

Jika anda ada idea idea yang menarik serta tips yang berguna dan boleh dijadikan panduan untuk Z memujuk kembali A. Boleh lah beritahu aku, supaya kita sama sama dapat membantu Z dan A membina masjid yang tapaknya telah dibuat.

Munkin inilah dugaan orang yang sedang bertunang kan. Persoalannya masihkah ada cinta di dalam hati A?

Artikel Yang Berkaitan

This entry was posted in MyCherita and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

9 Responses to “Masihkah Ada Cinta”

  1. sangilapi says:

    April 12th, 2010 at 8:30 am

    bercinta itu akan membuatkan seseorang itu menderita…terpulang bagaimana seseorang itu menghadapinya.

    ada baiknya cuba menyelami keserasian masing-masing semula.

    putus tunang lebih baik dari bercerai-berai….apapun berterus-terang antara 2 pihak adalah yang terbaik.

    moga ada ketabahan.

    [Reply]

    azwan Reply:

    betul tu. berterus terang adalah kunci pada setiap hubungan yang baik dan berkekalan. kalau masing masing jujur dan boleh memahami pasangan mereka dan juga menerima setiap kekurangan yang ada, insyaallah segala perbalahan dan masalah dapat diselesaikan bersama.

    [Reply]

  2. puspa says:

    April 12th, 2010 at 2:23 pm

    Salam
    sebijik cerita ni cam yg wa tau.sian dia ek.tp cara dia mengatasi skrg cara terbaik.berdoa.usaha.tawakal. itu pn yg terbaik.dia pn tkde paksa²

    kita doa kan yg baik² utk dia okay)

    [Reply]

    azwan Reply:

    aik..macam mana ko tahu ni? ada kaitan dengan hidup ko ke?rakan se-office ko ke?hehe….
    dia dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan hubungan itu. tapi kalau cuma sebelah pihak je yang berusaha, munkin agak susah lah..ntah lah.
    usaha,tawakal dan berdoa itu je lah yang mampu di lakukan.
    aku kena tempias perubahan dirinya. dia ajar aku macam-macam doa lak sekarang ni

    [Reply]

  3. IMCurtain.com says:

    April 12th, 2010 at 10:38 pm

    Masihkah Ada Cinta | AzwanAnuar.com…

    masihkah ada cinta antara Z dan A…

  4. ejoncb says:

    May 9th, 2010 at 2:23 am

    Agak-agak, kalau hubungan yang dah 4 tahun, ttbe tak disetujui org tua sebab negeri asal kita. Awk nak nasihat cmne? N dan-dan org tua dia usaha utk menunjukkan keburukan berkwan dgn org negeri sekian-sekian mcm mane? Hehe
    .-= ejoncb´s last blog ..Virus 1: csrcs.exe , How to Solve =-.

    [Reply]

    azwan Reply:

    masalah disini ialah sifat kenegerian yang tinggi. sifat buruk dan baik seseorang bukan kesan akibat lahir di sesebuah negeri. memang aku pun ada kawan yang bermasalah macam ini. tapi cara penyelesaianya ialah kita rujuk kepadaNya.

    munkin larangan orang tua itu ada baiknya. cuba fikir balik, ada tak larangan atau tegahan yang dibuat oleh orang tua kita selama ini, menjadikan kita lebih buruk?
    dari kecik lagi dia jaga kita, semua larangan yang dia buat pasti ada kebaikannya. kenapa bila kita dah dewasa, kita dah tak nak dengar lagi larangan dan tegahannya. fikir-fikirkan dan selamat beramal.

    harap dapat membantu.

    [Reply]

    ejoncb Reply:

    Maybe betul jugak kan. Tapi yang bab sebab negeri tu yg plg tak leh terima la. Bila agaknya generasi yang tak satu Malaysia ni nak hilang eh. Padahal semua org sama jer. Kalau tak setuju sebab perangai atau ape-ape jer boleh diterima.
    .-= ejoncb´s last blog ..Virus 1: csrcs.exe , How to Solve =-.

    [Reply]

    ejoncb Reply:

    Maybe betul jugak kan. Tapi yang bab sebab negeri tu yg plg tak leh terima la. Bila agaknya generasi yang tak satu Malaysia ni nak hilang eh. Padahal semua org sama jer. Kalau tak setuju sebab perangai atau ape-ape jer boleh diterima.

    Apa-apa pun tq sebab bagi pandangan. Tp yang pentingNya kembali pada Dia jugak la kan.
    .-= ejoncb´s last blog ..Virus 1: csrcs.exe , How to Solve =-.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: