Open House Friends Club

Posted on October 14, 2009
Filed Under MyCherita | Leave a Comment


Selalunya bila ada open house anda akan dijamu dengan pelbagai juadah dan makanan. Tapi open house kali ini yang aku pergi, sesuatu berbeza telah dijamukan selain makanan. Para tetamu yang datang ke open house Friends Club (FC) telah dijamu mata dengan pelbagai jenis sports car milik members FC sendiri. Dah macam auto show pulak.

Jamuan open house Friends Club ini telah berlansung pada 4/10/09 (ahad) bertempat di sebuah restoran di tasik shah alam, bertentangan dengan SIRIM shah alam. Antan Batura kalau tak salah aku nama restoran itu.


Semasa ketibaan semua sports car milik members FC ini, sepanjang jalan dihadapan SIRIM hingga ke bulatan seksyen 2 sebelah McD tu jem. Bila kereta sampai, semua members berkumpul tepi jalan sampai jalan jadi sesak.

Untuk pengetahuan anda, semua members Friends Club boleh memiliki apa jua jenis kereta yang sama waktu dengan kereta2 itu semua. Termasuk la aku. Cuma masa sahaja yang menentukan bila aku akan dapat.

Aku tahu, ada terdetik dalam hati anda “jangan mimpi la azwan..”
aku terima je pa korang cakap. Apa yang penting adalah usaha. Usaha tangga kejayaan. Tiada perkara dalam dunia ini 4D (duduk diam2 dapat duit) kalau ada macam itu sudah tentu tidak ramai orang yang susah dalam dunia ini. Semuanya kena melalui usaha yang berterusan dan bersungguh2.

Bila aku join club ini, ada ramai di belakang aku yang akan menyokong dan memberikan kata2 nasihat untuk aku berjaya. Sikap tolong menolong dan saling bantu2 membantu sesama members sangat kuat dalam club ini. Tiada kata2 negative akan diperkatakan jika anda ada sebarang impian. Termasuk la jika anda kata nak pakai Evo IX atau Fairlady. Semua members akan menyokong anda.
“Kita fight sama2 kawan. Aku tak kan berjaya sehingga ko berjaya dulu”

Pepatah lama ada berkata,
jika nak pandai, bergaul la dengan orang2 yang bijak pandai. Jika nak bodoh jauhi diri dari mereka yang pandai, nescaya anda akan menjadi bodoh dengan cepat.


Pepatah aku pula berkata,
jika nak pakai kereta Nissan GTR, Subaru Impreza, BMW M5, Merc CLK, Fairlady, Evo IX, Evo X, Mini Cooper and etc, bergaul la dan curi ilmu dari pemandunya.
Jangan curi keretanya.

Untuk melihat lebih banyak kereta boleh tengok di My Gambar

Blog Widget by LinkWithin

Artikel Yang Berkaitan

Tags: , , , ,

Comments

Leave a Reply