• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Pertolongan Yang Mengharapkan Balasan


Di dalam kehidupan seharian, kita pasti akan bertemu dengan insan yang memerlukan pertolongan bila dalam kesusahan. Selepas pertolongan diberikan, dia berjanji akan menolong anda semula “Aku pasti akan tolong kau nanti”

Tiba masa anda memerlukan pertolongan, insan yang berjanji ingin menolong itu mengenakan syarat pula. Apa perasaan anda? marah? bengang? rasa macam nak tumbuk je orang itu?. Walhal sebelum ini berjanji untuk memberikan pertolongan. Pertolongan yang diharapkan tidak diberikan sebgaimana mudahnya anda memberikan pertolongan kepadanya.

Lebih malang lagi jika hanya si dia sahaja yang dapat menolong anda. Anda terpaksa menerima dan melakukan semua syarat-syarat yang diberikan. Walaupun syarat-syarat tersebut seperti mustahil untuk anda lakukan.

Pertolongan yang anda berikan dahulu adalah berbentuk wang ringgit dan kali ini anda memerlukan pertolongannya juga melibatkan duit. Semua perkara yang melibatkan duit sangat serius, kerana duit adalah perkara yang penting dalam kehidupan seharian. Anda sangat memerlukan bantuan tersebut untuk sesuatu urusan penting.

Bagaimankah caranya untuk menghadapi situasi begini?
Meminta pertolongan tetapi dikenakan syarat syarat tertentu pula. Sedangkan semasa memberi pertolongan kepadanya dahulu, tiada sebarang syarat yang dikenakan.

Artikel Yang Berkaitan

This entry was posted in MyCherita and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

8 Responses to “Pertolongan Yang Mengharapkan Balasan”

  1. JomBuzz.com says:

    April 16th, 2010 at 4:45 pm

    Pertolongan Yang Mengharapkan Balasan | AzwanAnuar.com…

    Di dalam kehidupan seharian, kita pasti akan bertemu dengan insan yang memerlukan pertolongan bila dalam kesusahan…

  2. etomyam says:

    April 17th, 2010 at 2:14 pm

    susah jugak kalau berdepan dengan situasi sebegini

    [Reply]

    azwan Reply:

    memang susah. lebih susah jika hal yang berkaitan dengan duit

    [Reply]

  3. samanosuke_04 says:

    April 18th, 2010 at 12:08 am

    hehe.. 2 tahun pengalaman duk kat U.. ‘kalo nak tolong orang, jangan harapkan sangat orang lain tolong kita balik’….

    aku pun pelik, kat skolah menengah, skolah rendah dulu.. smua orang kliling aku baik.. tapi masuk U… ntah.. cam smua pentingkan diri sendiri.. haish!

    [Reply]

    azwan Reply:

    kalau kita menolong orang. memang jangan lah nak mengharapkan balasan. tapi ada masanya kita akan meminta tolong orang yang pernah kita tolong dulu. keadaan menjadi sukar bila orang yang pernah janji nak tolong itu, cuba berdolak dalih untuk menolong kita, disaat kita memerlukan pertolongan

    [Reply]

  4. farhan says:

    April 20th, 2010 at 1:52 am

    betul2

    [Reply]

  5. rashid says:

    May 31st, 2010 at 12:28 am

    Kita patut tolong orang selagi tak langgar peraturan dan undang-undang serta hukum hakam..Kalau iya kita nak orang tu tolong balik, tak payah bagi tau masa kita nak tolong dia, nanti timbula rasa tak sedap hati kat orang tu, lebih-lebih lagi orang tu kawan rapat kita kn..
    .-= rashid´s last blog ..(Kongsi) Wanita Itu Perlu Dimengerti-Part 2 =-.

    [Reply]

    azwan Reply:

    memang tak bagi tahu kita perlukan pertolongannya. tapi orang tu kena faham-faham lah. kita pernah tolong dia kan

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: