
Hujung minggu yang lepas aku balik kampung. Dah alang-alang balik kampung, aku melakukan sedikit kerja yang berfaedah bagi menyenangkan mata mak aku memandang. Biasanya memang tak da kerja berfaedah yang aku buat bila balik kampung. hehe…
Kerja yang aku buat semalam ialah membersihkan bilik aku. Kenyataan itu tidak bermakna bilik aku berselerak atau pun kotor. Aku membersihkan bilik bujang aku yang bakal menjadi bilik pengantin. Banyak harta, permainan, bahan bacaan, koleksi-koleksi peribadi yang perlu dikemaskan. Mana yang boleh pakai dan ada nilai sentimental aku simpan. Mana yang ada kenangan pahit aku buang dan bakar.he.. Aku ni jenis yang tak suka buang barang, bagi aku setiap barang itu berharga, tak kira lah buku ke ke apa sahaja. Tag nama untuk setiap kursus pun aku simpan. Rasa macam sayang nak buang.
Tengah berkemas, terjumpa lah aku sebuah kotak kasut. Isi dalamnya ialah surat-surat yang di alamatkan kepada aku. Aku pun tak tahu kenapa banyak sangat surat dihantar kepada aku, dah macam artis rancangan realiti lah pulak. Ramai peminat. hahah…aku tipu je. Memang aku tahu kenapa dan apa tujuan surat itu dihantar kepada aku.
Pernah dengar perkataan Panpall tak?
Sahabat pena pernah dengar tak?
Munkin remaja zaman sekarang dah tak tahu apa itu panpall atau sahabat pena, kerana mereka lebih mengetahui apa itu facebook, twitter, tagged, myspace, friendster dan bermacam-macam lagi social network yang wujud. Zaman aku sekolah dulu, dibawah tahun 2000, mana ada internet lagi. Memang ada tapi capaian untuk menggunakan internet tidak mudah seperti sekarang.
Sahabat pena ialah satu cara untuk menjalinkan hubungan atau berkenalan dengan kawan baru melalui kaedah berutus surat. Kaedah itu sangatlah tidak relevan di zaman sekarang. Dimana rata-rata orang bercakap tentang facebook, email, SMS tapi anda masih berutus surat. Sungguh ketinggalan. Zaman sekarang, surat sudah kurang digunakan sebagai medium menjalinkan dan mengeratkan hubungan. Handphone kan ada, call je lah untuk mengeratkan hubungan. Kalau tidak boleh call hantar SMS je.

Macam mana aku boleh dapat surat yang banyak?
Caranya mudah je untuk mendapatkan kawan panpall ni. Masa sekolah dulu ada 1 majalah bahasa inggeris namanya Quest. Aku letakkan nama dan alamat dalam ruangan panpall itu. Bertitik tolak dari situlah aku mula bergiat aktif dalam panpall ini.
Kriteria utama dan paling penting untuk aku menghantar surat kepada kawan yang baru ialah, kawan itu mestilah seorang perempuan dan duduk luar dari negeri selangor. Apa ke halnya aku nak hantar surat kat lelaki lak kan. Baik hantar kat gadis-gadis. Dalam majalah itu tidak ada gambar pemilik alamat tersebut. Itu lah yang membuatkan panpall ini lebih mencabar dan menyeronokkan.
Bukan sahaja melalui majalah Quest aku mendapatkan alamat untuk menjalinkan persahabatan. Majalah mastika, majalah hiburan dan mana-mana majalah yang ada memaparkan alamat dan umur. Aku buat kerja ni bukan berseorangan. Ada kawan yang mempengaruhi aku untuk membuat kerja-kerja ini. Kalau dia tak ajar munkin aku tak tahu macam mana nak buat itu semua.

Memang banyak surat yang aku terima dan surat yang aku hantar. Surat-surat itu juga ada yang datang dengan cara dan bentuk yang kreatif. Aku juga tidak ketinggalan untuk membalasa dengan cara yang lebih kreatif. Aku paling suka bab tandatangan aku. Aku ada beberapa tandatangan yang menarik. Semua surat berbeza-beza tandatangannya.
Kalau posmen datang rumah je pasti ada surat aku. Tapi kadang-kadang surat yang aku terima itu dah koyak di bahagian setem. Sebab sepupu aku yang nakal masa itu dengki dengan aku, curi setem yang cantik. Peti surat itu ada kat rumah dia, so dia boleh filter awal-awal mana setem yang cantik dan tak cantik.
Ke-popular-an aku tu akhirnya reda bila aku tamat sekolah menengah. Aku dah tak duduk kat rumah sebab sambung belajar. Tapi sehingga ke hari ini, aku masih ada 2 orang kawan sahabat pena yang masih tetap berhubungan. Nadia dari terengganu dan jiana dari sabah
Nadia buat pertama kalinya aku jumpa pada tahun 2007. 7 tahun selepas aku tamat sekolah menengah. Masa itu aku ada kursus di Pulau Pinang. Sebelum itu tak pernah berjumpa. Cuma bercakap dalam telefon je. Sekarang dia dah bekerja di Ampang, dan bulan lepas baru kali ke-2 aku berjumpanya. Berkenalan dari zaman sekolah sampai dia dah berkahwin, baru 2 kali berjumpa.
Jiana, gadis dari sabah. Banyak yang kami kongsi bersama dalam surat. Bila dia ada masalah, dia share dengan aku, bila aku ada masalah aku share dengan dia. Semua itu melalui surat. Hingga ke hari ini masih lagi berhubungan, cuma dah makin kurang. Tapi dah tak berhubung dengan surat lagi. Dah update sikit, guna email. Sehingga ke hari ini, aku tidak pernah bersua muka dengan dia. Aku pernah bercakap di telefon dengan jiana ni sekali je. Mana boleh nak call banyak kali, call sarawak guna public phone macam air je jatuh duit syiling aku. Al maklum lah zaman aku sekolah mana ada handphone lagi.

Sehubungan dengan itu, jika ada antara anda atau saudara mara terdekat yang pernah menghantar surat kepada budak bernama muhd azwan bin anuar, berasal dari sungai besar selangor. Sila lah bagi tahu aku. Munkin kita boleh menjalinkan semula persahabatan yang telah terputus sekian lama. hehe…







etomyam says:
June 16th, 2010 at 9:45 pm
menarik ni sahabat pena..sekarang yang tinggal sahabat FB adatau sahabat SMS je huhuhu
.-= etomyam´s last blog ..White Blackberry Bold 9700 Di Pasaran Malaysia =-.
[Reply]
azwan Reply:
June 17th, 2010 at 12:18 pm
dah tak ada lagi sahabat pena ni. zaman dah makin canggih. nak berkenalan dengan kawan baru cuma buka pc/laptop je. terus dapat kawan baru.
[Reply]
x-po says:
June 18th, 2010 at 11:56 pm
hehe kenangan yg tak mgkin akan dpt lg kan bro? zmn smakin berubah
.-= x-po´s last blog ..FILEM 2 ALAM: DR ROZMEY, GILA ATAU WARAS? =-.
[Reply]
azwan Reply:
June 19th, 2010 at 10:49 pm
betul tu. tak munkin dapat lagi perkara macam itu. sekarang ni semua orang senang untuk menjalinkan hubungan.
ada pengalaman macam ini tak bro?
[Reply]
Jiana Sainuddin says:
June 22nd, 2010 at 9:17 pm
Assalamualaikum Azwan.. Hehehe terharu baca post ko ni. TQ so much. Kita tetap kawan.. hehehe.. AzwanBudakBaik..
[Reply]
azwan Reply:
June 22nd, 2010 at 9:57 pm
wslm.
ko perasan tak, gambar atas itu ada yang surat dari ko.
terharu eh. menggamit kembali memori silam kita sebagai sahabat pena. kita tetap kawan. ok
[Reply]
Jiana Sainuddin Reply:
June 24th, 2010 at 10:39 am
aku tgk suma pun mcm surat dr aku huhuhu. Thanxx azwan hehe
[Reply]
azwan Reply:
June 25th, 2010 at 9:03 am
surat ko semua eh? ntah lah, dah banyak sangat surat, aku pun tak perasan mana surat ko
[Reply]