• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Salam Ramadhan 1431h


Salam ramadhan untuk semua.

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk bertemu kembali dengan bulan penuh berkat ini, bulan ramadhan. Bulan dimana semua amal yang baik akan dapat pahala berganda-ganda melebihi dari bulan-bulan biasa.

Ramadhan kali ini ialah ramadhan terakhir aku sambut sebagai orang bujang, selepas ini ramadhan akan datang insyaallah akan di sambut bersama dengan seseorang yang bergelar isteri. Sekarang pergi terawikh sendiri je, munkin akan datang aku akan pergi berdua insyaallah. Sekarang buka puasa dengan kawan-kawan beli nasi bungkus kat bazar ramadhan, aku harapkan akan datang isteri aku akan masak yang sedap untuk juadah berbuka.hehe..boleh ye sayang. Sahur lak masa bujang ini sorang-sorang je. Kawan-kawan ada yang malas nak bangun sahur, ada yang sahur awal, ada yang tak puasa. Tahun depan insyallah sahur, isteri akan kejutkan, makanan dah siap atas meja, tinggal makan je.

Semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik untuk anda semua. Semoga segala amalan baik yang dilakukan pada bulan ini akan diterima oleh Allah s.w.t.

Artikel Yang Berkaitan

This entry was posted in MyCherita, NurIslam and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

13 Responses to “Salam Ramadhan 1431h”

  1. Syafrizal says:

    August 11th, 2010 at 12:46 am

    selamat berpuasa
    berbuka dengan seadanya dan jangan membazir hehe
    hotel sekarang galak promosi..
    ntah sedap ke idak tu
    Syafrizal´s last [type] ..Ubat Kuat Lelaki Memudaratkan – Menteri Kesihatan

    [Reply]

    azwan Reply:

    selamat berpuasa
    aku tengah cari tempat untuk berbuka bersama kawan2.
    ko ada tau mana2 tempat yang buffet dengan harga bajet dan enak tak area shah alam?

    [Reply]

    Syafrizal Reply:

    Shah Alam ni aku tak tau la sedap ke tidak.. sebab dah lama aku tak buka kat luar… bertahun2 dah… ko cari la.. kat kelab shah alam ke.. seafood kat tasik tu ke.. ok gak…
    Syafrizal´s last [type] ..Selamat berpuasa kepada semua umat Islam

    [Reply]

  2. Wan says:

    August 12th, 2010 at 8:45 pm

    selamat menjalani ibadah puasa
    rasa tenang ja bulan ni
    Wan´s last [type] ..Ramadan Ini Milikku!

    [Reply]

    azwan Reply:

    bulan berkat ni memang lain je rasanya.
    doa kita dibulan ini insyaallah akan dikabulkan.

    [Reply]

  3. Norasikin says:

    August 12th, 2010 at 10:59 pm

    Nikmatilah saat2 terakhir berpuasa sebagai seorang bujang

    Selamat Berpuasa. Semoga segala keberkatan ramadhan memenuhi hidupmu

    [Reply]

    azwan Reply:

    terima kasih.
    semoga ramadhan ini yang terbaik untuk anda

    [Reply]

  4. suri says:

    August 13th, 2010 at 9:20 pm

    salam ramadhan sahabat..
    wah bila nak langsung tu sahabat..

    suri doakan smoga hati masig2 akan bhgia dgn hari yg bakal tiba tu.

    [Reply]

    azwan Reply:

    siaran langsungnya ada lebih kurang sebulan je lagi. semoga suri pun bahgia dengan orang yang tersayang.

    [Reply]

  5. RasaHatiku says:

    August 14th, 2010 at 11:30 pm

    Salam Ramadahan.
    Tahniah buat saudara. Tahun depan, pasti lebih terasa meriah ramadhannya.
    Tanggungjawab pun bertambah.
    Semoga diberkati Allah.
    TQ

    [Reply]

    azwan Reply:

    salam ramadhan juga. insyaallah tahun depan lebih meriah. tanggungjawab bertambah itu yang macam seram je.hehe…

    [Reply]

  6. Mr.Z says:

    August 15th, 2010 at 1:52 am

    selamat menjalani ibadah puasa..
    dah nak kahwin dah yea.. tahniah diucapkan..
    Mr.Z´s last [type] ..Buang Bayi Hukuman Mati Mandatori!

    [Reply]

    azwan Reply:

    terima kasih.
    selamat berpuasa untuk anda juga

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: