
Hari guru bagi seluruh Malaysia disambut pada 16 Mei setip tahun dengan tema sambutan 2009 ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ Sambutan kali ni dibuat di pusat konvensyen taman warisan islam kat terengganu tu. Camna aku tahu? Sbb pagi sabtu tu aku tengok siaran langsung kat tv1.heheh..
Tahukah anda kenapa 16 Mei dipilih sebagai tarikh sambutan hari guru. Aku tak cukup pasti tapi apa yang tahu la kan, ianya ada kaitan dengan pengistiharan penyata razak pada tahun bila ntah. Kalau anda nak kepastian tanya la sesapa yang jadi cikgu
Pagi sabtu masa aku tengok acara sambutan tu, actually tak tengok pun. Saja pasang tv sambil surf internet. Aku tertarik dengan persembahan coral speaking yang dibuat oleh cikgu2 muda dari terenggannu sebagai sebuah acara hiburan hari tu. Persembahan yang menarik dan isi2 yang penuh dengan makna.
Dalam coral speaking tu ada cakap, we’re also clark, not a clark kent.
Yup..cikgu juga adalah kerani, siapa yang buat laporan, siapa yang buat kerja2 surat menyurat, dokumentasi semua kat sekolah. Cikgu la jawapannya. Untungnya aku kerja sekarang, ada gak kerani sendiri.he..
Cikgu juga adalah tukang kebun, doctor, nurse. Banyak kerja yang perlu dilakukan oleh cikgu2 ni.
Tapi aku ada pandangan lain terhadap cikgu2 sekarang, bukan cikgu dulu2 la. Cikgu2 lama dulu semuanya bagus dan memang niat datang sekolah nak mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang cemerlang.
Cikgu sekarang, terutamanya yang lepasan KPLI, adakah mereka ni benar2 ingin menjadi guru? Aku rasa bukan semua yang jadi guru lepasan KPLI ini benar nak jadi guru. Kenapa aku cakap macam tu.
Situasinya macam ni, kebanyakkan yang menyertai KPLI ini adalah graduan yang memiliki diploma/ijazah pengkhususan bukan dalam bidang pendidikan. Aku create satu cerita untuk mudah faham.
Selepas azizah tamat belajar, dijaja la ijazah yang diperolehi untuk mencari pekerjaan. Munkin bukan rezki azizah lagi untuk mendapatkan pekerjaan, walhal dia mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam kursus yang di ambil. Selepas penat dengan bermacam dugaan dan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan, azizah mula putus asa. Bila dia baca paper ahad, terpandang la iklan untuk memohon sambung belajar dalam KPLI. So dia pun memohon la, dipendekkan cerita, azizah dah boleh menjadi cikgu.
Kebanyakkan dan bukan semua, ini pun bukan berdasarkan fakta sebenar, cuma pemerhatian aku je la, yang masuk KPLI ni sebab dah lama cari kerja dan tak dapat kerja. Disebabkan tak nak mensia-siakan ijazah yang diperolehi, maka KPLI adalah pilihan yang terbaik. Jadi terhasil la guru2 atau cikgu2 yang bukan aliran sebenar pengajiannya dalam bidang pendidikan. Ramai la guru2 yang jadi guru kerana dah lama tak ada kerja dan takda peluang kerja dalam bidang pengajian ijazahnya. Naluri mereka bukan naluri pendidik seperti guru/cikgu dulu2.
Aku rasa bukan susah korang nak kenal mana yang betul2 nak jadi cikgu atau yang jadi cikgu kerana terpaksa sebab dah tak dapat kerja lain.
Cuba la korang perhatikan eh, lebih elok kalau ada dikalangan rakan2 anda yang cikgu, perhatikan dalam diam je. Kalau cikgu yang bukan nalurinya seperti cikgu2 dulu, maksud aku naluri untuk mendidik, dia akan sering merungut dengan masalah pelajar yang dihadapi. Dia juga akan cakap, kerja cikgu la paling susah berbanding kerja korang.
Ish…aduhai, kerja ko mendidik, dan masalah pelajar tu la yang ko perlu selesaikan. Jadikan pelajar itu tak bermasalah lagi.
Kerja paling susah ialah cikgu,
cis…apa yang susahnya, kalau ko cikgu sekolah rendah, ko cuma handle budak2 bawah umur 12 tahun, kalau sekolah menengah bawah umur 17tahun. Setiap tahun ko akan mengajar subjek yang sama, bahan2 pengajaran ko akan guna yang tahun lepas punya kan, kalau ada nak tambah pun tambah sikit2 je. Kalau ko bertukar subjek pulak, mesti ko akan mintak bahan pengajaran kat cikgu yang sebelum ini mengajar subjek tu.
Itu la cikgu2 zaman sekarang. Bukannya dia menjadi cikgu sebab betul2 nak jadi cikgu, tapi sebab dah tak dapat kerja lain. Cikgu lepasan maktab perguruan adalah lebih baik, sebab memang dia orang di uji sebelum dapat masuk maktab. Aku pernah pergi ujian bertulis sebelum boleh pergi interview masuk maktab.
Guru2 yang lepasan maktab pun aku rasa bukan semuanya yang betul2 nak jadi cikgu. Ada juga yang memilih kerjaya sebagai cikgu ni sebab melihatkan kerja cikgu ni senang dan cuti pun banyak. Tak macam kita kerja 5 hari seminggu 8am – 5pm.
Aku tahu, munkin ada cikgu yang akan cakap, nak mendidik murid2 zaman sekarang bukannya mudah dan tak sama macam murid zaman dulu. Mak bapak banyak campur tangan.
Hoi cikgu…tu dah memang kerja ko, tu la cabarannya, jangan la sikit2 nak bagi alasan murid zaman sekarang lain, zaman dah berubah. Kalau takut pada tu semua kenapa jadi cikgu, sepatutnya tempat ko tu diserahkan kepada mereka yang lebih layak menjadi cikgu.
Weii…kita orang yang tak jadi cikgu, yang keja kat luar ni pun lagi banyak cabarannya tau. Dengan masalah ekonomi, masalah perkerja2 dalam organisasi, masalah organisasi lagi, macam2 la jugak. Cikgu cuma handle murid2 je, sebelum ko jadi cikgu dulu pun pernah jadi murid kan, so sepatutnya lagi senang la. Kami ni yang bukan cikgu, kerja kat luar, setiap hari pasti akan menghadapi masalah yang berbeza2 dan baru.
So mana lagi senang, kerja yang mana lebih susah?
Ada seorang cikgu pernah berkata,
“tiada murid yang tak pandai (bodoh), yang ada ialah cikgu itu pandai mengajar atau pun tidak”






