Selamat tahun baru untuk semua.
Bagaimana sambutan tahun baru anda. Adakah anda pergi merempit? keluar bersiar-siar bersama teman wanita pada waktu tengah malam sambil menyaksikan persembahan bunga api? Lepak kat rumah je? Pergi masjid baca yassin ke? tak kisah lah apa cara anda raikan tahun baru, yang penting jangan lah sampai lupa diri.
Masa muda-muda dulu aku pun pernah sambut tahun baru dengan merempit. Dulu kurang sikit masalah rempit ni masuk dalam paper. Semenjak kebelakangan ini je mat rempit popular. Dengan berbekalkan Yamaha 125z, aku berlegar-legar di dataran merdeka, pusing-pusing KLCC lepas tu lepak minum kat bangsar. Memang best lah. Tapi dah lama tak buat macam itu lagi sejak polis trafik mula bertindak tegas dengan penunggang motor. Lagipun malam tahun baru banyak sangat roadblock, tak best lah asik kena tahan je. Asal motor yamaha rxz, yamaha 125z dan honda ex5 mesti polis suruh berenti. Motor yang make up lain macam je pun kena ketepi tiap kali roadblock.
Itu semua dulu.
Sekarang aku pakai motor ex5 class je. Roadblock je insyaallah tak kena tahan. Motor macam orang tua punya, side mirror kiri kanan ada tak akan polis nak tahan lak. Hidup lebih tenang dengan menggunakan motor aku sekarang ini. Sekarang dah tak pergi lagi mana-mana sambutan tahun baru pun. Rasa malas je. Duduk rumah tegok tv lagi best.
Tapi tahun ni tak best langsung malam tahun baru.
Laptop aku rosak betul-betul sebelum menjelang tahun baru. Sakitnya hati rasa macam hidup ini dah tak bermakna lagi. Macam-macam yang ada dalam laptop aku tu, paling penting ialah gambar-gambar, lain-lain data aku tak kisah. Kerja-kerja aku pun tak banyak yang ada dalam itu. Berdasarkan sedikit carian dalam google, berkemungkinan motherboard aku rosak akibat overheat.
Berdasarkan maklumat yang aku jumpa, sebabnya laptop aku pakai Nvidia & Ati Gpu + Amd Cpu. Betul ke maklumat yang aku jumpa ini? [wangsamajucomputerrepairservices.]
Ah…nak kena kuar duit repair lak. Permulaan tahun baru yang tak best.
Apa perasaan anda bila laptop rosak atau hilang?

{ 20 comments… read them below or add one }
happy new year gak..:)
farah´s last [type] ..AFF memang milik kita!!!
thanks
selamat tahun baru.walau agak lewat tapi berharap agar tahun ni akan lebih baik dari tahun2 yg sebelumnya :)
selamat tahun baru, untuk suri jugak, semoga lebih baik tahun ini.
manakala laptop aku
kena serang oleh sang malware.
Selamat tahun baru 2011.
Ali ridha´s last [type] ..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010
boleh on lagi kan laptop tu?
aku punya langsung tak leh on. malang tul..
Setakat ni laptop aku tak pernah rosak. Dah guna 3 tahun. Harap-harap tak rosak lagi untuk 3-4 tahun.
samdaddycool´s last [type] ..Terima kasih Nuffnang
laptop aku baru je sambut ulang tahun yang ke-3. hope laptop ko bole tahan lama. jgn lupa servis, nanti menyesal macam aku dah tak guna
Kena servis juga ke? Apa yang dibuat bila servis laptop. Kalau kete aku tau mmg kena tukar minyak itam & oil filter. Laptop apa yang dibuatnya? Serius aku tak tahu kena servis…
Tahu pakai je….
samdaddycool´s last [type] ..Terima kasih Nuffnang
haha..sama macam aku lah. aku pun dulu tak tahu gak, sebab aku ni buta IT.
kawan aku cakap servis tu kalau pandai, boleh buat sendiri. bersihkan segala habuk-habuk yang ada dalam laptop itu, terutamanya kat fan. kalau fan tu dah penuh habuk, angin pun tak kuat, bila angin tak kuat motherboard boleh overheat. bila overheat motherboard rosak. bila rosak, jadi lah macam aku.. :(
oooo… itu macam ka… :D Nasib baik aku terbaca kat sini. Baik aku cegah sebelum parah.
p/s – dalam laptop / bawah keyboard penuh abuk + abuk rokok + kulit kuaci + pelbagai sisa makanan… :D
samdaddycool´s last [type] ..Terima kasih Nuffnang
bagus lagi tiada nasi daripada tiada laptop
hahaha
tiada nasi boleh makan roti
kalau laptop rosak takkan nak ngadap dinding?
kan? kan?
tehr´s last [type] ..Macam Mana Nak Kena Nombor Ekor
hidup ku sepi tanpa laptop di sisi
huhuhu… selamat menyambut tahun baru.. lap top rosak…? waduh… kena macamaku ni… memang meroyan jadinya… kira paling penting selepas lesen memandu… dah hantar repair ke bro?
wife aku cakap, malam tu aku tido sampai mengigau.
belum hantar repair, duit tak da lagi
skrg dah 15/1/2011 bro harap laptopnya dah ok :)
ingatkan mmpi merempit ats motor rupanya merempit pasal laptop rosak huuu
masih belum ok lagi. tunggu gaji baru nak repair ;(
ah.. rasa tak senang duduk..akan ttp mengadap blog tu ..
akan bercakap dgb laptop apesal time nie plk ko heng lain hari ko ok plk..
macam sama lah dengan apa yang terjadi hari itu, bercakap dengan laptop
mencegah lebih baik dari mengubati