
Masa aku on the way nak balik dari kursus di terengganu, masa tu bas berhenti di kuantan, makcik aku call. Memberikan khabar berita yang aku tak sangka akan terjadi dalam famili aku. Nak kata sedih, tak la sedih, nak gelak pun ada gak rasanya, tapi tak tahu kenapa nak gelak pulak. Makcik aku yang memberi berita tu pun cakap dengan aku gelak2 je.
“wan, ko balik kampung tak esok” makcik aku bertanya
“balik la, ada kawan kawin esok, da keropok lekor nak bagi mak” aku jawap.
“kalau boleh tak payah balik la, pegawai kesihatan cakap, kalau boleh jangan ada yang balik kampung buat masa sekarang”
“kenapa lak?” aku kehairanan
“Yan kena H1N1″ yan tu sepupu aku yang baru balik dari melbourne, kerja kat sana
aku macam tak caya je dengar berita tu, macam nak gelak pun ada, sbb tak sangka lak, sedara sendiri masuk dalam statistik yang kena penyakit tu.heheh…
sabtu tu aku balik jugak, sbb nak pergi kenduri kahwin kawan aku tu and ada keropok lekor yang nak bagi mak aku, kalau aku tak bawak balik keropok tu nanti busuk la pulak. Tunang aku dah bising, cakap tak yah balik la, macam menyerah diri je katanya. Aku cakap, tak tahu lagi keadaan macam mana, kuarantin tu macam mana, kalau teruk sangat aku balik shah alam.
Menurut cerita yang aku dengar dari mak aku n makcik aku,
cousin aku tu memang kena saring masa kat KLIA tu. Tapi masa tu suhunya masih lagi normal. Tapi dalam perjalanan balik ke rumah, dia dah mula rasa suhu badannya naik, macam panas je. Makcik aku yang amik dia kat KLIA tu terus bawak dia ke Hosp sg buloh. Sampai kat sg buloh bacaan suhunya 38 darjah celcius. Untuk memperolehi keputusan sama ada virus H1N1 ianya mengambil masa 48jam, so mereka pun dibenarkan balik rumah dulu.
Sampai rumah, mereka telah dihubungi oleh pegawai kesihatan, katanya ada ambulance yang akan datang jemput yan dan bawa ke hosp sg buloh tuk di kuarantin. Semua orang yang ada hubungan dengan yan pada masa tu pun di arahkan kuarantin, dapat cuti sampai hari khamis. Mereka semua tak boleh jumpa public, khuatir ada yang membawa virus tu.
Sabtu aku balik tu, pakcik aku, bagi aku list barang rumah dia yang dah habis n kena beli, ada la dynamo, horlicks, milo, roti ban kentang n coklat dan macam2 lagi.
H1N1 tak merebak melalui blog, so diharapkan anda terus kan mengunjungi blog aku ni. Jangan takut2 eh, aku bebas dari virus itu.
Jaga kesihatan anda.







PutraMalaya says:
July 5th, 2009 at 10:03 pm
hahahaha…
membe aku baru balik dr aus jgk.
tp alhamdulillah..ok..msh rock lg..
hrp2 jgn merebak la dlm blog hg ni erk..wakakkak
PutraMalaya’s last blog post..Tips Pikat Wanita
[Reply]
azwan Reply:
July 6th, 2009 at 8:16 am
kalau ko takut merebak, sila baca blog aku sambil pakai mask, agar tidak dijangkiti.hehe…
[Reply]
mohdisa says:
July 5th, 2009 at 11:13 pm
sorry menyemak kejap, banner suma member aku yang watkan. hehe
mohdisa’s last blog post..Nokia N97?
[Reply]
saffa says:
July 7th, 2009 at 11:57 am
Saffa pergi Urbansacpes hari tu ada yang di sahkan pembawa H1N1 ni.. Selamat tak berjangkit…
[Reply]
azwan Reply:
July 7th, 2009 at 4:16 pm
mana saffa tahu tak berangkit. virus tu bijok tau. dia akan tidur dulu, dah habis tdo baru dia bangun.hehe..jangan takut.
yang penting cek suhu badan, kalau panas sampai 35> kena gi klinik la.
[Reply]