• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Cara Hidup Sihat Rasulullah


Sempena dengan maulidur rasul, mari kita lihat dan tidak salah rasanya untuk kita cuba mengamalkan cara hidup yang sihat diamalkan oleh Rasulullah. Mencontohi nabi juga bukan sahaja secara sedikit-sedikit, ada yang dicontohi dan ada yang tidak. Paling banyak diguna pakai ialah bab perkahwinan, sering kali kita menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh. Tapi bila bab lain, tak ikut pun.

Berikut adalah beberapa cara hidup sihat yang baginda amalkan.

1. Selalu bangun sebelum subuh.
Baginda mengajak umatnya untuk sebelum bangun subuh dan mengerjakan solat sunat, solat subuh secara berjemaah. Hikmahnya ialah mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta menajamkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan.
Baginda selalu bersih dan rapi. Setiap khamis atau jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

3. Tidak makan berlebihan.
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk tiga benda, udara, air dan makanan. Kebaikan berpuasa yang diwajibkan untuk umat islam adalah untuk menyeimbangkan kesihatan, baginda juga selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah s.a.w “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (sampai kenyang)”

4. Gemar bejalan kaki.
Baginda berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir liang roma terbuka dan peredaran darah menjadi lancar dan baik untuk mencegah penyakit jantung

5. Tidak pemarah.
Marah itu dari syaitan, segerlah mengambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi ketenanan dan menghilangkan gundah hati. Kekuatan muslim bukan terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kekuatan dan kebersihan jiwa. Muslim yang baik juga adalah mereka yang mampu mengawal sifat marah kerana itu sebahagian dari cara hidup sihat rasulullah.

6. Optimis dan tidak berputus asa.
Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t

7. Tidak iri hati.
Cara hidup sihat rasulullah seterunya ialah menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, sikap iri hati perlu dihindarkan.

8. Pemaaf.
Sifat yang dituntut bagi mendapatan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan dapat membebaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Apabila kita marah, sifat marah itu akan melekat dalam hati. Jadilah pemaaf untuk membersihkannya. Bahagia sebenarnya bukan mendapat, tetapi memberi.

Sumber : Ustz Mohd Zawawi Yusoh (Harian Metro 26 Februari 2010)

Artikel Yang Berkaitan

This entry was posted in NurIslam and tagged , , , . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

15 Responses to “Cara Hidup Sihat Rasulullah”

  1. ahmadyusrie says:

    March 1st, 2010 at 12:46 pm

    hari ni ramai dari kita yang susah nak buat satu pun drpd amalan kat atas tu kan.
    mungkin yang nombor dua tu ramai yang x berapa bermasalah.
    boleh cuba perbaiki diri sikit-sikit.

    [Reply]

    azwan Reply:

    betul tu yus. aku rasa (termasuk diri aku) ramai yang tidak ada masalah untuk buat amalan yang nombor 2 itu. yang lain2 itu kita kena sama2 lah memperbaiki diri sendiri.
    bila difikirkan balik, sebetulnya tak susahkan untuk hidup dengan sihat

    [Reply]

  2. azizan4444 says:

    March 1st, 2010 at 11:10 pm

    ramai yg anggap amalan2 di atas mudah..tetapi pd hakikat ramai yg gagal melakukan dgn sempurna..nak2 yg last tu..sifat pemaaf

    [Reply]

    azwan Reply:

    gagal melakukan dengan sempurna adalah lebih baik dari langsung tidak melakukannya.
    itu bermakna telah cuba untuk melakukannya, cuma masih kurang sempurna. so boleh lah diperbaiki lagi. pemaaf tak ramai, pemarah yang ramai

    [Reply]

  3. samanosuke_04 says:

    March 2nd, 2010 at 12:16 am

    hehe, salam maulidurrasul.. yang lain tue possible kot nak try aplikasikan dalam kehidupan, yang bangun seblom subuh tue sakit sket.. ngahahaha..

    salam ziarah…

    [Reply]

    azwan Reply:

    bak kata adidas Impossible Is Nothing.
    sebenarnya kita semua boleh buat. yang penting hati. hati tak cukup kuat dan yakin untuk melakukannya.

    [Reply]

  4. suri says:

    March 3rd, 2010 at 1:03 pm

    hurm..teringat pula akan ayah di kampung…sebab pagi jumaat ayah akan selalu memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi utk jadi imam di msjid kampung ku..hehe

    [Reply]

    azwan Reply:

    anak tok imam rupanya cik suri ini.
    dari raut wajah memang aku dah agak cik suri ini anak imam. cewah…
    sampaikan salam saya pada ayah eh.

    [Reply]

  5. PutraMalaya says:

    March 5th, 2010 at 3:40 pm

    wawawa…nk bangun sebelum subuh jugak..hohoh

    [Reply]

    azwan Reply:

    kena bangun sebelum subuh baru lah hidup sihat.
    ikut amalan nabi ini banyak baiknya

    [Reply]

  6. Kami says:

    April 21st, 2010 at 10:25 am

    Alhamdulillah, dapat hidayah hari ni ..

    [Reply]

    azwan Reply:

    alhamdulillah dapat hidayah.
    semoga dapat diamalkan dalam kehidupan seharian kita. kalau tak dapat buat semua, sikit-sikit pun boleh lah, dari langsung tak ada

    [Reply]

  7. aimi said says:

    May 24th, 2010 at 11:42 pm

    salam,mntk copy artikel bleh..http://stopwahan.blogspot.com

    [Reply]

    azwan Reply:

    wslm.
    boleh aimi. copy lah. aku pun cuma berkongsi apa yang aku baca je. tapi jangan copy je, kalau boleh amalkan lah.he…

    [Reply]

  8. aimi said says:

    May 25th, 2010 at 4:55 pm

    syukran,insyaALLAH =)

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: