• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Cerita di Bulan Puasa


Orang puasa, kau pun puasa juga.
Orang berlapar dahaga, kau pun sama.
Orang puasa ibadat wajib tidak lupa,
tapi kau puasa ibadat wajib tak buat.
Apa yang kau dapat?

Perkara asas dalam islam ialah rukun islam.
Dalam rukun islam, tunaikan solat perkara kedua
Berpuasa di bulan ramadhan perkara ketiga
Kau puasa, tapi tak buat perkara yang kedua
Boleh ke?

Kau kata tak larat nak puasa.
Sebab nanti tak boleh nak buat kerja.
Dulu Nabi Muhammad berperang dalam bulan puasa,
sekarang rakyat palestin pun sama.
Tak larat ke? buat malu je.

Bila maghrib hampir tiba
Kau pun sibuk cari juadah berbuka
Berbelanja melebihi orang berpuasa
Buat apa beli itu semua, dah lah tidak berpuasa
buat sesak bazar ramadhan je

Bila dekat nak raya
Orang berpuasa pasti akan gembira
Kerana raya akan menjelma
Kau tak puasa pun tumpang sama gembira
Kenapa?

Wahai kawan,
aku pun bukanlah bagus mana dalam agama
tapi kesian tengok kau puasa lapar dahaga
solat yang wajib, kau lupa. Ntah ada ke tidak pahalanya.

Ini semua sekadar teguran dan ingatan untuk aku juga
bukan nak kata aku sempurna
munkin aku pun sama je

“Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan keatas kamu puasa (Ramadhan/perintah wajib) sepertimana telah difardhukan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu,(puasa orang dahulu) semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa” (Al-Baqarah : 183)

Artikel Yang Berkaitan

This entry was posted in NurIslam and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

9 Responses to “Cerita di Bulan Puasa”

  1. Syafrizal says:

    August 18th, 2010 at 12:05 am

    peringatan yang baik.. kadang2 yang menjual pun tak puasa…
    Syafrizal´s last [type] ..Berhati-hati dengan kacang hijau dari Tesco

    [Reply]

    azwan Reply:

    memang ada yang macam itu. moga-moga diganti balik lah mana yang tinggal tu nanti

    [Reply]

  2. Wan says:

    August 19th, 2010 at 8:17 pm

    ada betulnya
    membe puasa tapi solat fardhu entah kemana
    tarawih rajin plak
    haish dah terbalik ni

    [Reply]

    azwan Reply:

    kesian kat orang yang macam itu. ntah ada ke tidak pahala puasanya

    [Reply]

  3. bujang3 says:

    August 21st, 2010 at 2:41 pm

    terbaek !!! Manusia sentiasa perlu diperingatkan !!!!

    [Reply]

    azwan Reply:

    kita sesama manusia memang dianjurkan agar sering ingat mengingati. tapi ada manusia yang dah kebal dengan segala teguran dan ingatan

    [Reply]

  4. bujang3 says:

    August 21st, 2010 at 2:43 pm

    bagus nie … manusia perlu diingatkan selalu !!!
    bujang3´s last [type] ..Ramadhan 2010 lebih sejuk dan selesa !!!

    [Reply]

  5. suri says:

    August 21st, 2010 at 8:55 pm

    huu..kira pedas juga ayat ni heee..kasi org sedar skit huhu..

    [Reply]

    azwan Reply:

    sekadar membuat teguran. orang nak terima ke tak, terpulang lah.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: