Sifat Marah

05/07/2010


Aku paling benci bekerja dengan manusia yang suka marah-marah tak tentu hala. Semua benda yang tak betul, tanpa usul periksa terus nak marah. Sebelum melenting tu cuba lah bertanya dan soal selidik kenapa sesuatu perkara itu terjadi. Setiap perkara yang berlaku itu pasti ada sebab dan munasababnya. Ada juga manusia yang marah jika perbuatan salahnya ditegur. Tegur buat salah pun kena marah.

Bila anda sering marah tidak tentu hala, orang disekeliling anda juga akan ada perasaan yang sama terhadap anda. Mereka akan rasa nak marah je bila terpandang muka anda. Sifat marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.

Setiap manusia ada hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan ‘pintas’ iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.

Sememangnya hidup ini banyak cabaran, dugaan dan penuh dengan liku-liku dan ranjau yang harus dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Cabaran dan dugaan itu bermacam-macam bentuk, kesusahan, kesengsaraan dan juga munkin kesenangan dan kegembiraan. Jika kesenangan yang diperolehi, gembiralah hati kita dan jika kesusahan yang menimpa, maka akan kecewalah dan marahlah kita. Sifat marah adalah suatu sifat semulajadi manusia, cuma perlu pada tempat dan masa yang betul, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.

Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah Subhanahu Wataala. Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.

Ketika anda marah, sebenarnya anda telah dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya. Dah banyak kes yang macam ini sekarang, buka surat khabar sahaja, pasti ada cerita pasal manusia yang hilang sabar, ada ibu mengandung yang ditendang suami, isteri disimbah asid, anak didera dan dipukul. Semua itu bukan sifat manusia.

“Dari ‘Atiah Radiallahuanhu ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”.(Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu. Bukannya melawan api yang sedang marak itu dengan api kemarahan anda juga. Jika api bertemu api pasti bencana akan berlaku. Orang sekeliling juga harus memainkan peranan, bukan mencurahkan petrol ke api. Menambahkan kemarahan.

Jika anda sedang marah, amalkan bacaan A’uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

Hikmah mengawal sifat marah, Boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik. Kita juga dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah S.A.W seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.

This post was written by

azwan – who has written posts on AzwanAnuar.com.
Seorang blogger tidak sepenuh masa, yang kadang-kadang kala hilang mood untuk menulis. Menulis banyak perkara yang hanya terlintas dalam fikiran tanpa sebarang paksaan dan bayaran. Tapi boleh juga kalau nak bayar, asalkan nilai yang diberikan memuaskan hati.heh..

Email  • Google + • Facebook  • Twitter

{ 12 comments… read them below or add one }

azizan4444 July 5, 2010 at 9:25 pm

aku pernah jgk kerja d bwh org suka marah,.tp aku amik jln mudah,,bt x ksh je..mkin lawan mkin la kuat die tuh
azizan4444´s last [type] ..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam Dilema

Reply

azwan July 5, 2010 at 11:34 pm

tahap kesabaran ko tinggi lah.bagus..
setiap manusia ada tahap kesabarannya. kalau selalu sangat kena marah, mau naik kaki tangan aku ni nanti.

Reply

Syafrizal July 5, 2010 at 11:20 pm

marah menandakan orang tersebut mempunyai angin emosi yang tidak stabil serta kolesterol dan toksik yang tinggi di dalam badan
Syafrizal´s last [type] ..Buatlah pilihan anda sendiri

Reply

azwan July 5, 2010 at 11:38 pm

kolestrol dan toksik yang tinggi eh.
adakah orang yang berbadan dan sudah tentu mempunyai kolestrol tinggi, cepat mudah marah?
nak kena perhatikan orang sekeliling lepas ni.

Reply

fiezaradzi July 6, 2010 at 11:28 am

mmg skg ni manusia cepat nor marah… tekanan hidup kot.. hihii.. pape pun, sabar adalah kuncinya.. mmg kdg2 tak leh nak control rasa marah tu, tapi tak salah kita cuba bertenang..
fiezaradzi´s last [type] ..Setelah 2 Tahun Berlalu

Reply

azwan July 7, 2010 at 9:27 am

kadang-kadang kunci kesabaran boleh hilang

Reply

kenwooi July 11, 2010 at 12:15 pm

being angry is bad.. =)
kenwooi´s last [type] ..My Grandma and Her Super Skill

Reply

azwan July 11, 2010 at 12:40 pm

Keep your anger under control

Reply

din3187.com July 11, 2010 at 12:20 pm

setiap orang memang tak nak kena marah2..tapi kadang2 diri kita sendiri yang suka marah2 tanpa disedari…

Reply

azwan July 11, 2010 at 12:41 pm

betul tu. kadang kala marah itu datang tanpa disedari.

Reply

C.A June 16, 2011 at 9:58 pm

Mohon berkongsi ilmu :)

Reply

azwan June 23, 2011 at 10:08 am

sila kan. ilmu memang patut dikongsi

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: