• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Tunaikan Zakat Fitrah Anda


Sudahkah anda membayar zakat fitrah?
Jika belum lagi eloklah dilaksanakan segera sementara anda masih ada lagi kelapangan. Memang lah waktu untuk membayar zakat fitrah itu panjang, tapi kita tidak tahu adakah dihujung ramadhan nanti kita mempunyai kelapangan untuk menunaikannnya.

Telah menjadi kewajipan ke atas umat islam untuk menunaikan zakat fitrah. Ianya adalah penutup kepada segala amal ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan ramadhan. Zakat adalah rukun islam yang ketiga. Zakat berarti “Tumbuh”, “Berkembang”, “Menyucikan” atau “Membersihkan”. Zakat itu sendiri bermaksug memberikan sebahagian kekayaan untuk orang yang berhak menerimanya (mustahiq) jika sudah mencapai nisab (jumlah kekayaan minima) dan haul (batas waktu) zakat.

Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perkataan yang tidak berguna dan kotor, dan sebagai makanan bagi orang-orang miskin. Maka barangsiapa yang mengeluarkannya sebelum solat aidilfitri, ia menjadi zakat yang diterima dan barangsiapa mengeluarkannya setelah solat aidilfitri, ia menjadi sedekah biasa (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)


Manakala syarat-syarat tertentu yang mewajibkan zakat itu ialah:

Islam – tidak wajib zakat bagi non-muslim
Merdeka – zakat tidak tertakluk kepada hamba yang dimiliki oleh tuannya
Sempurna milik – zakat hanya tunduk kepada harta yang 100% menjadi milik individu sama ada zat (fizikal) mahu pun manfaatnya
Cukup nisab – zakat hanya dikeluarkan apabila harta itu mencapai paras minimum kadar wajib zakat yang bersamaan harga 85 gram emas pada harga semasa
Cukup haul – zakat hanya dikenakan pada harta yang telah cukup tempoh setahun sama ada tahun Masehi (qamariah) ataupun hijri (syamsiah)
[e-zakat]

Di malaysia telah terdapat pelbagai cara dalam menunaikan zakat fitrah. Jika dahulu kita akan membayar zakat fitrah hanya di kaunter zakat atau pun membayar kepada amil yang telah dilantik di surau/masijd. Seiring dengan perkembangan teknologi, zakat juga boleh dibayar secara online mahupun secara SMS.

Bagi yang ingin menunaikan zakat fitrah tahun ini secara online, ianya boleh dilakukan di eZakatPay. Terdapat di situ juga ialah senarai Perbankan Internet yang boleh dibayar melalui eZakatPay.


Bagi kaedah pembayaran secara SMS. Umat islam di negara ini tidak perlu meraguinya. Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Mazlan Hashim, khidmat zakat fitrah menerusi SMS yang dikendalikan Celcom Malaysia Berhad (Celcom) itu tidak banyak beza dengan kaedah pembayaran melalui kaunter zakat atau amil yang dilantik. Sistem SMS yang digunakan tetap menyediakan akad sama seperti pembayaran zakat fitrah biasa dan ia diperkenalkan bagi memudahkan umat Islam membayar zakat. [kosmo]

“…Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” [Al Ahzab:33]

Renung-renungkan dan selamat beramal. Anda buat, anda dapat.

Artikel Yang Berkaitan

This entry was posted in NurIslam and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

24 Responses to “Tunaikan Zakat Fitrah Anda”

  1. hanif says:

    August 30th, 2010 at 11:38 pm

    belum bayar zakat lagi huhu…ingat nak guna SMS senang sikit
    hanif´s last [type] ..Duit Raya Sehingga RM200 Untuk Dimenangi

    [Reply]

    azwan Reply:

    aku pun tak pernah try lagi guna SMS ini. tapi aku masih prefer untuk bayar kepada amil.

    [Reply]

    Anis Reply:

    Semalam saya dah cuba bayar dan remark yang saya bagi adalah ‘amazing’. Kita patut manfaatkan teknologi untuk ibadah. Cubalah…

    [Reply]

    azwan Reply:

    bayar guna SMS ke?
    best eh?..tahun ni dah bayar kepada amil yang dilantik, maybe tahun depan aku nak cuba lah bayar guna SMS

    [Reply]

  2. kulanz says:

    August 31st, 2010 at 1:50 am

    salam,
    sekarang ni makin mudah bayar zakat.. banyak kemudahan. Tapi aku selalu bayar pada amil yang datang ke rumah.. selalunya datang 2-3 sebelum habis puasa..
    kulanz´s last [type] ..Kekuatan sebenar terletak pada hati

    [Reply]

    azwan Reply:

    wslm.
    ada amil datang kat rumah ko eh? aku tak pernah jumpa lagi amil yang datang umah. sepanjang hidup aku ni, aku yang kena cari amil untuk bayar zakat

    [Reply]

  3. ProtonClub says:

    August 31st, 2010 at 1:23 pm

    satu peringatan utk semua

    [Reply]

    azwan Reply:

    saling ingat mengingati lah untuk kebaikan bersama

    [Reply]

  4. Bella Enveeus says:

    August 31st, 2010 at 6:13 pm

    kalau dah mudah untuk bayar zakat namun masih ada yang tak berbayar tu,ada la tu yang “masalah” tu kat mana2..haha
    Bella Enveeus´s last [type] ..HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA!

    [Reply]

    azwan Reply:

    sia-sia puasa sebulan kalau tak bayar zakat fitrah ni. penat je berlapar dan dahaga

    [Reply]

  5. zik says:

    August 31st, 2010 at 10:07 pm

    mudah sekarang nie sms pun boleh…
    zik´s last [type] ..Survey- Bila Anda Balik Kampung Raya 2010

    [Reply]

    azwan Reply:

    sekarang banyak perkara yang telah dipermudahkan. cuma jangan lupa asal usul je

    [Reply]

    zik Reply:

    erm betul tuh… kadang2 yang mudah tuh… tertinggal perkara2 yang wajib dilakukan…
    zik´s last [type] ..Namewee bikin panas!!

    [Reply]

    azwan Reply:

    bila dah mudah..kita akan mengambil mudah pulak..

    [Reply]

  6. donha says:

    August 31st, 2010 at 11:51 pm

    wah! negara makin maju. pakai sms boleh buat apa saja sekarang. tapi lagi prefer bayar kepada amil. aku selalu bayar pada pagi raya. subuh2 tu.
    donha´s last [type] ..Permainan orang kafir

    [Reply]

    azwan Reply:

    aku pun prefer bayar pada amil je. lagi puas dan sedap hati sikit.hehe..
    setakat ini aku tak pernah bayar pada pagi raya. takut terlepas lah..nanti sia-sia puasa lak

    [Reply]

  7. Loq says:

    September 1st, 2010 at 8:02 pm

    Aku belum cukup syarat lagi untuk bayar zakat.hehe

    [Reply]

    azwan Reply:

    apa yang tak cukupnya? kalau masih lagi dibawah tanggungan ibu bapa tak pa lah. kalau dah bekerja elok bayar sendiri

    [Reply]

  8. MR.Z says:

    September 2nd, 2010 at 8:07 pm

    bagus seruan ni..
    mari bersama-sama tunaikan zakat fitrah..
    zaman sekarang, macam2 cara boleh digunakan bagi memudahkan pembayaran zakat..
    MR.Z´s last [type] ..Kenapa Model MacBook Terlalu Mahal

    [Reply]

    azwan Reply:

    macam-macam cara sudah ada, cuma jangan lupa je. maklum lah dah senang, takut terus terlupa je

    [Reply]

  9. surihati_ku says:

    September 3rd, 2010 at 2:33 pm

    Alhamdulillah telah dilaksanakan dgn jayanya..

    terima kasih atas peringatan tersebut..

    [Reply]

    azwan Reply:

    Alhamdulillah.
    saling ingat mengingati

    [Reply]

  10. bujang3 says:

    September 4th, 2010 at 7:01 pm

    dah bayar.. kat Ipoh RM7.00
    bujang3´s last [type] ..MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

    [Reply]

    azwan Reply:

    bayar terus kepada amil ke bayar guna SMS? kat selangor ini pun rm7 gak

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: