• :: Cerita Menarik

Kisah Pendayung Sampan dan Professor

Salam untuk semua. Dah 10 hari kita berada dalam tahun 2012. Semoga tahun ini adalah tahun yang paling cemerlang buat anda semua

Artikel pertama tahun baru ini, aku ingin berkongsikan sikit cerita motivasi yang mungkin mampu untuk mengubah pandangan anda terhadap seseorang atau munkin mampu membuatkan anda tidak merasa rendah diri dengan apa yang anda ada.

Ceritanya bermula..

Seorang Professor dari sebuah universiti sedang membuat kajian tentang lautan menyewa sebuah sampan untuk ke tengah laut mengambil sedikti sampel air laut. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Sampel air laut diambil dan disimpan. Sedikit catatan dibuat setiap kali sampel diambil. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali sambil diperhatikan oleh pendayung sampan. Read More »

Posted in MyCherita | 10 Comments

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat tahun baru untuk semua.

Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik buat anda semua. Jika ada azam tahun lepas yang masih belum tercapai, masih belum terlambat untuk ‘renew’ balik azam yang lama itu.

Sambutan tahun baru di mana? Aku tak da menyambutnya dimana-mana. Cuma duduk dirumah bersama anak dan isteri.

Selamat tahun baru 2012

Posted in MyCherita | 14 Comments

MyKad Berteknologi Tinggi Januari 2012

Dikhabarkan MyKad yang baru, berteknologi lebih tinggi dari MyKad lama, akan mula diedarkan Januari tahun depan.

Di masa peralihan kad pengenalan lama ke MyKad dahulu, kita sering diberitahu MyKad akan memudahkan urusan seharian kita. Segala maklumat dan keperluan akan duduk dalam satu kad sahaja. Maka rakyat tidak perlu lagi membawa wang tunai atau bermacam-macam kad dalam beg tangan atau dompet. Di dalamnya terdapat maklumat diri, kad ATM, lesen dan macam-macam lagi lah.

Aku pernah membuat penukaran MyKad akibat dari cip yang rosak 3 tahun dulu. Cip tu rosak bukan sebab aku rendam MyKad tu dalam air atau kena langgar lori. MyKad aku hanya duduk diam-diam dalam wallet, digunakan bila perlu je, tapi cip boleh rosak gak. Salah aku ke? Aku rasa bukan lah salah aku, itu salah JPN kerana tidak memberikan cip yang berkualiti tinggi dan terbaik dalam MyKad. Walaupun duduk dalam wallet, tapi boleh rosak?

Kenapa kad ATM aku boleh je bertahan duduk dalam wallet walaupun dah digunakan berkali-kali? Kawan aku kad ATM dia patah 2. Masih lagi boleh keluarkan duit dari ATM. Sebab cip kad tu masih elok

Mintak rakyat bertukar ke MyKad. Supaya nampak moden dan canggih, tapi tidak memberikan yang terbaik. Ni mesti kes open tender and pilih vendor yang mampu memberikan harga yang rendah.heh..Ini khabar angin je, anda jangan percaya lak. Aku tak pasti kebenaranya.

Read More »

Posted in Info & Tips | 5 Comments

Kelakuan Teruna dan Dara Atas Motor

Cerita 1

Seorang awek cun tengah menunggang motor e-Go warna pink. Di tangan kirinya tergengam erat handphone bukan smartphone. Sambil membawa motor, kerap kali dia melihat ke handphone. Anggaran masa selang 20saat, toleh ke handphone. Jari-jemari yang tidak berapa runcing pantas menekan punat-punat di handphone. Sudah semestinya dia sedang ber-text dengan seseorang. Munkin dengan teman lelakinya, munkin juga sedang bergosip bersama rakan-rakannya.

Hebat bukan kelakuan awek tersebut. Sambil menunggang motor sambil ber-SMS. Dua kerja dalam 1 masa.

Cerita 2.

Sepasang kekasih muda sedang bersenda gurau juga diatas motor. Si Teruna (tak boleh blah..) membonceng si Dara (cun jugak). Si Dara ketawa riang sambil tutup mulut, barangkali takut termasuk serangga ke dalam mulutnya, mendengar cerita-cerita kisah dan tauladan dari Teruna seperti anjing dengan bayang, kura-kura dengan arnab dan juga si tanggang. Motor yang ditunggang juga mengikut gaya penceritaan Teruna. Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Sekejap macam kura-kura, sekejap macam arnab. Sekejap lagi macam kapal laut si tanggang. Bahagianya mereka berdua. Ibarat jalan raya mereka lah yang punya. Read More »

Posted in Politik & Sosial | 17 Comments

Hukum Simpan Patung Dalam Rumah

Salam jumaat semua. Semoga jumaat ini lebih ceria dan indah bagi anda semua.

Pagi tadi semasa memandu ke tempat kerja, aku ada dengar rancangan Al-Zikra di radio KL.fm. Penceramah pagi tadi ialah Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Tajuk kuliah pagi tadi sebenarnya mengenai ilmu Tasawuf. Tapi aku bukan nak bekongsi pasal tu, sebab terlampau panjang sangat dan aku takut tersalah berkongsi maklumat

Aku nak berkongsi sedikit pasal hukum patung di dalam rumah.

Menyimpan patung berupa manusia dan binatang (mempunyai roh), selain daripada tujuan permainan, adalah haram. Akan tetapi jika patung itu digunakan untuk permainan anak-anak, ianya dibenarkan.
Read More »

Posted in NurIslam | 8 Comments
  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: