Salam Ramadhan 1431h

Posted on August 11, 2010
Filed Under MyCherita, NurIslam | 13 Comments


Salam untuk semua.

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk bertemu kembali dengan bulan penuh berkat ini, bulan . Bulan dimana semua amal yang baik akan dapat pahala berganda-ganda melebihi dari bulan-bulan biasa.

kali ini ialah terakhir aku sambut sebagai orang bujang, selepas ini akan datang insyaallah akan di sambut bersama dengan seseorang yang bergelar isteri. Sekarang pergi terawikh sendiri je, munkin akan datang aku akan pergi berdua insyaallah. Sekarang buka dengan kawan-kawan beli nasi bungkus kat bazar , aku harapkan akan datang isteri aku akan masak yang sedap untuk juadah berbuka.hehe..boleh ye sayang. Sahur lak masa bujang ini sorang-sorang je. Kawan-kawan ada yang malas nak bangun sahur, ada yang sahur awal, ada yang tak . Tahun depan insyallah sahur, isteri akan kejutkan, makanan dah siap atas meja, tinggal makan je.

Semoga kali ini adalah yang terbaik untuk anda semua. Semoga segala amalan baik yang dilakukan pada bulan ini akan diterima oleh Allah s.w.t.

Tags: , , , , , , , ,

Wanita Tertarik Dengan Lelaki Memakai Warna Merah

Posted on August 7, 2010
Filed Under Info & Tips | 8 Comments


Satu kajian dari University of Rochester, diketuai oleh Prof. Andrew Elliot, mendapati wanita lebih tertarik dengan lelaki yang memakai warna merah. Bukan merah jambu tau.

Kajian tersebut melibatkan 288 orang wanita dan 25 orang lelaki. Ianya dilakukan dengan memberikan mereka satu set borang soal selidik dan gambar lelaki yang memakai baju pelbagai warna. Soalan-soalan tersebut berkaitan dengan penampilan, tarikan seksual, status dan pelbagai perkara lagi. Wanita yang terlibat dalam kajian tidak menyedari kajian itu adalah berkaitan dengan warna, kajian tersebut menunjukkan wanita tertarik pada penampilan, status dan tarikan seksual apabila mereka melihat lelaki memakai pakaian berwarna merah.

Kajian itu juga mendapati hanya wanita yang terkesan akibat warna dan tidak bagi lelaki.
Read more

Tags: , , , , , , , , ,

Hari Itu Semakin Hampir

Posted on August 3, 2010
Filed Under MyCherita | 5 Comments


Nampaknya hari yang besar dalam hidup aku dah makin dirasai. Ahad lepas aku pergi ambil kad kahwin di lh-creative jalan pudu. Kad kahwin bertemakan hitam dan putih.

Tolak tambah dah tinggal sebulan je lagi sebelum aku menamatkan zaman bujang. Risau? Mana ada risau, biasa je. hehe…sedapkan hati. Bukan risau untuk hari itu nanti je. Risau untuk tanggungjawab yang akan dipikul selepas itu. Kalau dulu aku cuma ada mak and adik aku je. Tanggungjawab aku selepas ini bukan pada mak and adik aku je, tapi pada isteri dan keluarga sebelah isteri.

Walaupun risau, tapi inilah perjalanan dalam sebuah kehidupan ini.
Read more

Tags: , , , , , , ,

Cincin Kahwin Di Jari Manis

Posted on July 25, 2010
Filed Under Info & Tips | 2 Comments


Bilakah musim berkahwin?
Musim berkahwin biasanya seiring dengan musim cuti sekolah, betul tak? Bila musim cuti sekolah je, mula lah kita mendapat banyak kad jemputan dan undangan ke majlis perkahwinan.

Tahukah anda kenapa cincin sering di sarungkan di jari manis pengantin dan tidak disarungkan di ibu jari ke, jari telunjuk.

Ok. Mari kita sama-sama mencuba satu aktiviti.
Satukan kedua tangan anda dan tekuk/bengkokkan jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya

Ibu jari.
Cuba buka ibu jari anda, ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. Suatu hari nanti pasti orang tua akan meninggalkan kita bila tiba masanya. Tutup semula jari yang telah dibuka tadi.
Read more

Tags: , , , , , , ,

Hari Tidak Berbelanja

Posted on July 20, 2010
Filed Under Info & Tips | 4 Comments


Suatu masa dulu kita akan membeli apa yang diperlukan, untuk diri sendiri dan juga munkin untuk keluarga. Sekarang, rasanya semua yang kita perlukan sudah ada di rumah. Makanan, pakaian, hiburan dan pelbagai lagi kelengkapan, semuanya kita sudah miliki.

Walaupun demikian, kita masih lagi ingin berbelanja. Ini mendorong kita berbelanja/membeli barang yang bukan keperluan. Kita berbelanja adalah untuk menonjol di kalangan kawan-kawan, berbelanja sesuatu agar tidak rasa terpinggir atau ketinggalan. Apa sahaja yang kita belanjakan,tanpa disedari, secara tidak langsung pasti akan memberikan kesan kepada alam sekitar.

Tahukah anda pada 16 julai 2010 yang lalu, Persatuan Pengguna (FOMCA) telah memilih hari tersebut sebagai Hari Tidak Berbelanja. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna agar memikirkan semula tabiat berbelanja masing-masing, pengguna dinasihat tidak membuat sebarang pembelian yang tidak perlu pada hari itu. Pengguna digalakkan untuk meminimumkan perbelanjaan agar lebih menghargai nilai wang yang dibelanjakan setiap hari. Read more

Tags: , , , , , ,
« go backkeep looking »