Kerajaan BN Hampir Tumbang di Parlimen

Posted on December 24, 2009
Filed Under Politik & Sosial | Leave a Comment


Aku bukan lah orang politik atau orang yang cukup ilmu dalam memperkatakan soal politik di Malaysia ini. Tapi aku juga tidak lah langsung tidak tahu tentang iklim politik tanahair kita ini.

Munkin ramai yang tidak tahu apa yang telah berlaku di parlimen pada 14 Dis 2009 (Isnin). Kebanyakkan akhbar utama tidak mengulas atau membuat headline tentang perkara ini.

Kebanyakkan akhbar utama di negara ini tidak melaporkan perkara yang paling penting dalam negara kita. Apa yang lebih penting dalam sesebuah negara, adakah cerita pertikaian dalam keluarga di raja. Cerita tentang cukai atau cerita tentang hampir tumbangnya sebuah kerajaan yang telah mentadbir negara Malaysia ini sejak tahun 1957. Manakah berita yang paling penting antara semua yang aku nyatakan itu?

Kenapa akbar tidak melaporkan berita yang besar ini?

Ini menunjukkan dan membuktikan bahawa hampir semua media massa dalam negara ini hanya menyebelahi sesebuah parti politik sahaja. Terutamanya parti yang memerintah. Justeru itu aku menyeru kepada anda semua agar jangan percaya semua berita2 yang ada dalam surat khabar itu. Cuba cari maklumat tambahan tentang sesuatu isu. Kerajaan BN yang mentadbir Malaysia akan tumbang. Adakah itu tidak penting? adakah perkara itu tidak perlu di maklumkan kepada rakyat? Rakyat berhak untuk tahu, kerana rakyat yang memilih dan terbentuknya kerajaan sekarang.

Pada 14 Dis 2009 (Isnin) yang lepas, kerajaan BN membentangkan Bajet 2010 untuk diluluskan oleh parlimen. Untuk mendapatkan kelulusan itu, BN perlu mendapatkan undi majoriti melalui kaedah undi belah bahagian.

Apa itu undi belah bahagian?
Maksudnya, setiap ahli yang ada di dalam dewan rakyat akan dikira undinya dan bukan sekadar laungan suara bersetuju atau tidak.

Undi belah bahagian telah diminta seorang ahli parlimen PR kerana menyedari kehadiran ahli parlimen BN sedikit. Bilangan ahli parlimen di dalam Dewan Rakyat ialah 137 wakil BN, 82 PR dan 3 bebas.

Undi yang diterima BN ialah 66 manakala pembangkang 63. Perbezaan cuma 3 undi. Perbezaan yang sangat sedikit dan hampir merubah kerajaan yang sedia ada sekarang.

Apakah implikasinya kepada kerajaan sekarang sekiranya pembangkang mendapat undi lebih tinggi?
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata, berdasarkan konvensyen sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet/belanjawan itu tidak diluluskan oleh parlimen, kerajaan yang memerintah sekarang perlu dibubarkan dan satu pilihan raya baru perlu diadakan.

Maksud mudahnya, jika hari itu bajet tidak mendapat sokongan penuh ahli parlimen, satu pilihan raya akan diadakan semula.

Ada ahli parlimen BN yang memberikan komen tentang kesan jika bajet tidak diluluskan, tetapi ahli parlimen berkenaan hanya memberitahu kesannya ialah kerjaan tidak dapat mentadbir dengan baik, tidak dapat membuat pembayaran gaji kepada kakitangan awam.
Kenapa tidak berani sebut kesan besar ialah kena buat pilihan raya semula?

Perdana Menteri memandang serius hal ini. Beliau akan bertemu dengan semua ahli parlimen BN yang tidak hadir sidang pada hari itu. Beliau juga mengatakan sudah dapat senarai nama ahli parlimen yang tidak hadir.

Kalau sudah ada nama mereka yang tidak hadir sidang pada hari itu, kenapa tidak didedahkan sahaja nama ahli parlimen yang terlibat? Supaya rakyat tahu, ahli parlimen yang mereka pilih tidak melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Menjadi wakil rakyat untuk kepentingan diri sendiri dan bukan berjuang atau benar2 mewakili rakyat untuk bersuara dalam parlimen.

Artikel Yang Berkaitan

Tags: , , , , , , ,

Comments

Leave a Reply

CommentLuv Enabled