
Akhir2 ini kita banyak mendengar berita tentang along (bukan along baik macam gambar di atas tu). Ada mangsa yang dikurung bak seekor anjing, di rantai leher, kaki dan tangan. Cerita ini sungguh menggemparkan kita semua. Berdasarkan bacaan aku, mangsa yang di rantai tu hanya membuat pinjaman RM 1500, tapi disebabkan tak mampu nak bayar, kerana bunga yang melebihi pokok, maka kuncu2 along pun cari dia la.

Majoriti peminjam along terdiri daripada masyarakat Cina yang meliputi 60 peratus, Melayu (35 peratus) manakala selebihnya India – sumber hmetro
Aku dengar ada gak orang kita (melayu) ni yang meminjam sebab nak join MLM. Bila bisnes dah tak boleh nak jalan, bunga pun makin meningkat, itu yang membuatkan jiwa kacau. Orang melayu ni biasa la, pantang dengar peluang mendapatkan duit dengan mudah, aku pun sama, cukup tertarik dengan berita pasal dapat duit dengan mudah. Tapi setakat hari ni, aku tak pernah join lagi mana2 aktviti MLM.
gambar dari bapak-gulagula.blogspot.com
Aku ada terbaca satu entry menarik dalam bapak-gulagula.blogspot.com pasal cerita along. Anda juga boleh baca dan fikir2 fikirkan bersama kenapa masalah along ni tak selesai2 sedangakan masalah ni telah diketahui umum sejak dulu lagi. Penulis blog adalah seorang wartawan jenayah.
Sekadar hiburan kita bersama. Mari kita saksikan youtube ini. Petikan dari citer ah-ha. Citer ah-ha ni pun dah lama. So maknanya, isu along ni pun dah lama, tapi tiada kesudahan
Lawak gak klip ni.







pear says:
June 8th, 2009 at 10:22 am
huhuhu lawak giler afdlin….Kami along bukit beruntung…hahahha
pear’s last blog post..Wallpaper Fifefox
[Reply]
akuazwan Reply:
June 8th, 2009 at 11:38 am
memang lawak la dia org tu. nyanyi tak ikut lirik, belasah je…
mari nyanyi sama2….kami along2 bukit beruntung
[Reply]