Mata Pena Lebih Tajam Dari Pedang

Posted on January 25, 2010
Filed Under Politik & Sosial | 6 Comments


Seiring dengan kemajuan teknologi zaman sekarang. Perumpamaan itu munkin sudah kurang sesuai untuk dekad ini. Ini kerana pada zaman serba canggih ini, blog menjadi medium pengantaraan dalam memperjuangkan sesebuah ideologi, fahaman, hasutan mahupun sokongan. Ramai blogger yang lahir setiap hari. Ada yang hanya menulis tentang sesuatu isu atau topik yang khusus seperti tentang kereta, makanan, sukan, hiburan, politik dan paling ramai ialah mengenai kisah peribadi.

Baru-baru ini, seorang blogger menulis isu lebih sensitif. Aku pun tak sempat baca apa yang dia tulis, tapi mengikut komen-komen dalam post bertajuk permohonan maaf kepada semua rakyat atas keterlanjurannya itu, dia seperti menghina sultan johor. Aku pun tidak dapat baca apa yang dia tulis itu, sebab dia sudah remove post tersebut, tapi berdasarkan tajuk postnya Dah mampos buat cara mampos la, anda boleh bayangkan sendiri lah dia tulis apa.

Bila kita menulis tentang sesuatu perkara itu, kita kenalah bertanggungjawab. Menulis di ruangan yang hampir boleh dibaca oleh semua orang perlulah bijak dan bukan menulis ikut perasaan tanpa akal fikiran yang waras. Kita diberikan akal untuk berfikir, kita diberikan ruang untuk bersuara dan mengetengahkan pendapat perlulah digunakan dengan bijak.

Baru-baru ini, seorang pengguna facebook ditahan oleh pihak polis atas gurauan melampaunya. Tahun lepas 10 Individu telah dihadapkan ke mahkamah dan telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina sultan perak di dalam laman webnya. Ini bermakna setiap yang kita tulis atau lakukan di dalam dunia internet ini, ianya mudah dikesan.

Jadilah blogger yang bertanggungjawab.

Artikel Lama

Tags: , , ,

Comments

6 Responses to “Mata Pena Lebih Tajam Dari Pedang”

  1. jue says:

    January 26th, 2010 at 12:24 pm

    nak join banner exchange jugakk

    [Reply]

    azwan Reply:

    salamz
    ingatkan nak bagi komen, tapi nak mintak exchange link rupanya

    ok, exchange done.

    [Reply]

  2. Aku says:

    January 28th, 2010 at 11:33 am

    Hati2 lah dengan apa yang kita tulis.
    Theres somebody watching us…

    Hahaha…

    [Reply]

    azwan Reply:

    kena hati2 selalu lah bro. jangan ingat kita boleh terlepas dengan setiap perbuatan kita. pihak berkuasa di malaysia ini bukan duduk goyang kaki je.
    AWAS..kita sedang diperhatikan

    [Reply]

  3. azizan4444 says:

    February 4th, 2010 at 3:46 am

    hati2 la pada semua blogger…kite sering diperhatikan..hehe

    [Reply]

  4. IMCurtain.com says:

    February 22nd, 2010 at 6:51 pm

    Mata Pena Lebih Tajam Dari Pedang | AzwanAnuar.com…

    Seiring dengan kemajuan teknologi zaman sekarang. Perumpamaan itu munkin sudah kurang sesuai untuk dekad ini. Ini kerana pada zaman serba canggih ini, blog menjadi medium pengantaraan dalam memperjuangkan sesebuah ideologi, fahaman, hasutan mahupun sok…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled