Adakah muda-mudi sekarang dah hilang rasa malu? Betul ke?
Anak muda generasi millenium sekarang ni macam dah tidak kisah apa yang diperkatakan oleh orang lain.
Kenapa aku timbulkan persoalan tu?
Cuba kita tengok generasi sekarang ni. Masing-masing dah ada social network sendiri. Ada facebokk, ada friendster dan my space dulu-dulu, masing-masing berlumba-lumba update apa jua aktiviti mereka. Kalau nak update aktiviti tak pa. Bagi yang perempuan, ada yang letak gambar-gambar menunjukkan aurat masing-masing. Semua itu mengundang lelaki-lelaki macam aku ni mendapat dosa free. Boleh tengok gambar disini. Bagi yang lelaki, gambar sedang berpeluk dengan awek-awek seksi. pergh..meleleh tengok awek seksi dia orang.
Dalam facebook, aku pasti anda akan terjumpa gadis-gadis comel yang share gambar-gambar gedik mereka. Pegang handphone amik gambar dari atas, nampak pulak lurah. Aku cukup pasti mereka sedar akan ke-terdedah-an itu. Tapi kenapa tak remove? Saja nak bagi aku tengok lah tu.

Bukan lah nak kata aku ni cukup sempurna agama. Banyak jugak dosa yang aku lakukan. Tapi aku buat dosa tak da lah nak terang-terangan ditunjuk kepada seluruh dunia.
Cuba tengok dalam youtube. Ada yang share video mereka sedang berseronok-seronok buat jahat. Ada yang share video mereka sedang khayal dancing-dancing minum air setan. Ada yang share video mereka sedang buat projek merusakkan anak dara orang. Macam-macam lah lagi yang anda boleh jumpa dalam youtube.
Kenapa anak muda sekarang macam tu eh, maksud aku, anak muda dah hilang rasa malu.
Kemampuan mereka untuk memiliki berbagai jenis gadget adalah salah satu penyumbang kepada keruntuhan nilai malu dalam diri mereka. Kalau dulu-dulu, orang yang ada laptop boleh dibilang dengan jari, tapi sekarang ni pergi je mana-mana anda boleh nampak orang ada pegang laptop, netbook, pc tablet dan smart phone. Boleh share aktiviti mereka pada bila-bila masa dan dimana jua. Yea betul..sharing is caring.
Malu itu satu benteng dalam diri kita dari melakukan kejahatan. Bila ada malu, kita susah sikit nak buat jahat. Bila kita rasa malu pada-Nya, malu pada ibu bapa dan paling kurang pun malu pada kawan-kawan, secara tidak lansung kita tidak akan buat perkara yang tak elok.
Memang betul, ada juga yang tak share aktviti mereka tapi masih buat jahat dan dosa, tapi sekurang-kurangnya dia masih lagi ada rasa malu.
Kat bawah ni aku share video yang aku rasa meluat nak tengok, bukan sebab awek ni bukak baju ke korek hidung. Awek ni dengan beraninya upload ucapan buat kekasihnya. Tak ada rasa malu pun.
Yang ni pulak video parody dari kyopropaganda. Ucapan balas kepada awek tu. Buat aku rasa nak gelak guling-guling







shraqs says:
January 19th, 2012 at 12:35 pm
Semua dah terikut ngan cara artis,.. semua benda nak heboh seluruh dunia
shraqs´s last [type] ..i-City.. Here I Come
[Reply]
azwan Reply:
January 20th, 2012 at 2:09 pm
bajet diri tu macam artis..memang ramai yang macam ni
[Reply]
azman says:
January 19th, 2012 at 2:31 pm
Mmmg seksi gambar link tu yer
Aku pun pening bila fikir pasal remaja ni
azman´s last [type] ..Bila kongsi gelap gaduh
[Reply]
azwan Reply:
January 20th, 2012 at 2:11 pm
haha..memang seksi man. itu sebabnya aku tak letak gambar-gambar tu dalam artikel ni.
[Reply]
Khidhir says:
January 20th, 2012 at 11:07 am
video mamat tu memang terguling2 aku.. hahaha..
Khidhir´s last [type] ..VPN Percuma Terbaik
[Reply]
azwan Reply:
January 20th, 2012 at 2:12 pm
memang terbaik..mamat tu namanya Kyo, kalau tak silap aku
[Reply]
hatiputera says:
January 22nd, 2012 at 2:42 am
sekarang zaman open-open jer semua,,,
hatiputera´s last [type] ..Laman web megaupload ditutup
[Reply]
azwan Reply:
January 26th, 2012 at 3:39 pm
zaman open-open eh, baru aku tahu. patut lah pakaian budak sekarang pun open-open je
[Reply]
Mus says:
January 24th, 2012 at 8:51 pm
sekarang ni memang senang nak femes..
Mus´s last [type] ..Latok, ‘Anggur Laut’ Yang Sedap
[Reply]
azwan Reply:
January 26th, 2012 at 3:40 pm
macam-macam cara nak femes dengan mudah zaman sekarang ni
[Reply]
anif Reply:
January 31st, 2012 at 12:52 pm
Buat benda yang mengarut pun boleh cepat famous!
anif´s last [type] ..Skim SARA 1Malaysia
[Reply]
azwan Reply:
February 1st, 2012 at 4:53 pm
yang mengarut tu lagi orang ingat dari yang tak mengarut
[Reply]
ozzy says:
February 2nd, 2012 at 12:37 pm
akibat salah guna teknologi..kdg tu diaorg ni x fikir panjang kesannya
ozzy´s last [type] ..KUTIP DUIT
[Reply]
azwan Reply:
February 8th, 2012 at 3:52 pm
budak muda, biasalah, mana nak fikir panjang sangat. malas nak berfikir. fikir nak seronok-seronok je
[Reply]
fatin says:
February 3rd, 2012 at 12:28 am
video tu..gediknya..auuww..hhaha..
hadoiii..macam2 lah..
[Reply]
azwan Reply:
February 8th, 2012 at 3:53 pm
sekarang kan ramai yang suka buat gedik-gedik
[Reply]