• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Sembelih Anak


Kes ini berlaku di Kota bharu kelantan, dimana seorang bapa dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri. Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri. Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II. [hmetro]

Dasyat lah manusia zaman sekarang. Kalau anda orang yang normal aku fikir pasti anda tidak akan sanggup melakukan ini. Ini semua kerja orang yang tidak normal. Fikiran mereka bercelaru, munkin sering terdengar suara-suara halus. Ingat lagi kes sebelum ini, tentang seorang pemuda yang membunuh keluarganya dan membawa kepala bapanya sendiri yang telah dibunuh ke shah alam, sedangkan kejadian di negeri sembilan. Hanya mereka yang tidak siuman sahaja mampu melakukan kerja macam itu, bawa kepala manusia dalam beg.

Pernah nampak orang gila jalan seorang diri tak? Kadang-kadang dia bercakap sendiri. Ntah apa yang dibebelkan pun kita tidak tahu. Aku rasa mereka tengah berada dalam alam lain.

Kalau kita nampak orang kurang siuman berkeliaran di kawasan rumah kita, apa yang kita patut lakukan. Ada orang tak siuman yang seperti orang normal. Susah nak dibezakan, kecuali mereka berpakaian kotor. Ok, mesti antara anda yang akan kata laporkan pada polis. Tapi apa polis boleh buat, orang itu tidak mencederakan orang, polis nak tangkap atas sebab apa? hantar hospital pula, pihak hospital boleh buat apa?

Kenapa mereka menghadapi masalah mental?
Munkin akibat tekanan hidup dan juga persekitaran hidupnya. Kalau hidup kita ini kurang tekanan dan juga mampu untuk menangani tekanan, pasti kita tidak akan dijangkiti masalah seperti ini. Banyak faktor yang boleh membuatkan hidup kita tertekan, terutamanya zaman sekarang, dimana segala-galanya memerlukan duit. Aku rasa duit adalah punca utama dalam hidup kita yang mampu membuatkan kita tertekan.

Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat. Semoga roh mereka yang terkorban ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman.

Artikel Lama

This entry was posted in Politik & Sosial and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

10 Responses to “Sembelih Anak”

  1. syahrilhafiz says:

    August 26th, 2010 at 12:51 am

    memang mental..
    sanggup pulak tu..
    ingat ayam ke nak buat sembelih2 ni…hehe
    syahrilhafiz´s last [type] ..Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 53

    [Reply]

    azwan Reply:

    kita tidak tahu apa yang dia bayangkan masa buat perkara itu

    [Reply]

  2. fitri says:

    August 26th, 2010 at 12:58 am

    murah btol nyawa manusia skang…
    fitri´s last [type] ..Info- Lebih 60 Rakyat Malaysia Tidak Mempercayai Akhbar

    [Reply]

    azwan Reply:

    yang melakukan itu pesakit mental. tapi ada juga mental yang sihat sanggup menggadaikan nyawa sendiri buat perkara yang bukan-bukan

    [Reply]

  3. ashraf says:

    August 26th, 2010 at 1:17 am

    Macam2 pekara yang berlaku sejak akhir2 ni. kadang2 rasa cam tak logik plak dengar.. ayah sangup bunuh anak, sangup simbah asid…

    Mungkin skg ni hidup penuh dng tekanan dan org sekarang tak mampu menyerap tekanan…
    ashraf´s last [type] ..Bywifi Video Downloader Untuk Youtube

    [Reply]

    azwan Reply:

    tekanan hidup sekarang memang terlalu berat. setiap orang perlu menangani tekanan dengan baik dan dengan cara yang betul

    [Reply]

  4. zik says:

    August 26th, 2010 at 3:17 am

    takut tengo sekrang nie…dah berapa kes bulan ramadhan nie..tragedi berdarah…
    zik´s last [type] ..Jangan lupakan mereka!

    [Reply]

    azwan Reply:

    betul tu. macam-macam cerita yang tak sedap je dengar dalam bulan ramadhan ni. tapi banyak gak cerita yang baik-baik bulan ramadhan ni. kita je kot yang tak amik tahu.kita suka cerita sensasi je. hehe..

    [Reply]

  5. donha says:

    September 1st, 2010 at 12:28 am

    jumpa orang yang ada masalah macamni. aku pun tak tau nak buat apa. dekat bazaar aku ada sorang. suka paw orang RM1. wahh.dekat tangan aku tengok ada la berpuluh2 RM1. tak faham pun ada juga. kalau tak siuman, macamana boleh minta orang duit?
    donha´s last [type] ..Permainan orang kafir

    [Reply]

    azwan Reply:

    situasi ko kira ok lah tu..jumpa kat bazar. kat tempat aku ni, orang jenis tu tunggu kat depan pintu bank. kalau orang nak cucuk duit, dia duk sebelah kita tengok kita cucuk duit…bila duit dah kuar, dia pau kita…rasa nak lempang pun ada jugak.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: