
Adakah anda mempunyi iPhones? Jika ada, anda patut terus membaca berita ini.
Berita cara azwan
Tut..tuuuttt
Berita disampaikan oleh Makmor Hj. Latif
Menurut agensi berita AFP, pengguna di UK, Belanda, Paris dan Sweden telah melaporkan, iPhones yang mereka beli telah rosak pada screen nya. Manakala di US dilaporkan ada pengguna yang mendakwa iPhones dan iPods yang di beli telah terbakar. Pihak EU dan Apple sedang menyiasat dan menunggu handset dari pengguna yang terlibat.
Seorang pakcik dari Liverpool, bukan Steven Gerrard eh, Ken Stanborough and his daughter, mendakwa pihak Apple telah meminta mereka untuk merahsiakan perkara yang berlaku dimana iPods yang dibelikan kepada anaknya telah meletup. Menurut pakcik itu, Apple menawarkan sejumlah wang sebagai ganjaran agar pakcik itu menutup mulutnya.
Menurut laporan tersebut bateri lithium ion pada gadjet tersebut yang menjadi punca perkara ini berlaku.
Seorang lagi pakcik dari Paris, Rolland Caufman, mendakwa iPhones yang dibeli telah rosak tetiba pada screen nya, seminggu selepas dia membelinya.
“Pakcik baru je beli menate ni minggu lepas, masa tu makcik ko kat rumah tu call, nak kirim beli udang kering,and then pas cakap2 and dengar makcik ko membebel, pakcik tengok kat screen dah retak macam cermin kereta yang retak seribu” dia memberitahu AFP.
En. Caufman telah ditawarkan dengan telefon baru dari pihak Apple.
Apple dilaporkan telah menjual 26 million iPhones dan 200 million iPods sehingga hari ini. Mereka akan mengambil tindakan terhadap semua laporan yang dibuat.
Sekian.
Source : bbc







Poodin says:
September 21st, 2009 at 12:17 am
igtkan ade contest raya dapat iphone td ..
mletup2 apple skrg ni ..smpai terbakar pun ade ..
[Reply]
azwan Reply:
September 22nd, 2009 at 12:00 pm
selamat hari raya poodin
mana ada contest. aku pun pakai hp buruk je. kalau ada contet dalam ni pun hadiahnya bukan la iPhone. tak cukup mewah lagi nak bagi hadiah macam tu.
[Reply]
wan2911 says:
October 6th, 2009 at 1:55 am
wah2…sempoi betul berita oversea nih..hehe
iphone meletop? gile la, harge da la beribu.
[Reply]
azwan Reply:
October 7th, 2009 at 12:24 pm
nisbah kejadian tu sangat kecik.
so munkin tak ada yang berlaku kat malaysia kot. lagi pun berapa ramai la sangat orang malaysia yang mampu nak beli.
[Reply]