Amir Raja Lawak, I’m Sorry…

03/04/2011

Maharaja Lawak sebuah rancangan yang menghimpunkan finalist raja lawak dari musim pertama sampai musim kelima yang baru je habis 2 minggu lepas kalau tak silap. Pemenang terakhirnya ialah Man. Memang Man ni best. Tiap kali di keluar mesti aku akan gelak.

Berbalik kepada cerita maharaja lawak ni. Rancangan ini akan disiarkan hanya di astro warna, bagi yang tak melanggan pakej mustika, anda pasti tak akan dapat tengok. Hanya 2 episod awal sahaja yang akan ditayangkan serentak di asto prima. So lepas ni dah tak dapat tengoklah, melainkan anda melanggan pakej mustika.

Maharaja lawak ni kira macam mencari best of the best dari raja lawak. Sudah pasti yang paling kita kenal dan produk yang paling berjaya hasil dari raja lawak ialah Nabil, Johan dan Zizan. Tapi mampukah mereka bersaing dengan bekas finalist yang lain? Kita tunggu je kesudahannya.

Amir, budak kelantan yang popular dengan tagline “i’m sorry..” terpilih juga untuk bersaing dalam maharaja lawak. Berdasarkan komen-komen dalam youtube dari mereka-mereka yang munkin cakap je pandai, ramai yang rasa Amir ni tak layak bersaing dalam pertandingan ini.

Pendapat aku, memang betul, aku rasa Amir memang tak layak masuk pertandingan ini. Stand up comedy yang dibawakan memang hancur, orang nak ketawa pun macam terpaksa. Cara berlawaknya masih lagi sama seperti dia dalam raja lawak dulu. Dia sampai ke final dulu pun aku rasa nasib je, bukan sebab dia betul-betul bagus berlawak.

Tapi…TAPI aku puji semangat Amir. Dia berani untuk berdiri di pentas dan teruskan berlawak. Aku respek keberanian dia untuk bersaing dengan otai-otai dalam maharaja lawak ni. Aku rasa dia ni dah lali dengan semua kata-kata kesat dan booo dari orang ramai. Memang aku respek lah.

Kalau aku ni pelawak, apa yang paling aku takut ialah jadi macam dia. Penonton buat-buat gelak, penonton mula bising-bising, kena boo. Tapi Amir selamba je

Buat sesiapa yang suka kutuk Amir tu, kalau diberikan peluang, bolehkah anda buat sesuatu yang lebih baik dari Amir? Kalau tak boleh, lebih baik diam

Artikel Lama

{ 8 comments… read them below or add one }

benjy April 5, 2011 at 1:34 am

Saya memang peminat rancangan ini … saya juga suatu ketika dahulu nak try bakat tetapi isteri melarang … mungkin belum sampai ajalku lagi menyertai rancangan yang konon2 realiti ini … yaa .. amer tu agak terkucal sedikit hari tu … tetap berani tapi perlu banyak idea yang membunuh …. apa2 pun aku suka dengan LAWAK …
benjy´s last [type] ..SPEED LIMIT 60

Reply

azwan April 6, 2011 at 8:55 am

kenapa isteri melarang? takut kau jadi buruan dan kegilaan gadis-gadis kot. heh… :)
kau kena try gi audition gak, mana tahu rezeki kau ada disitu. betul tak? belum cuba belum tahu

Reply

Ismail N April 5, 2011 at 9:26 am

Wah, astro ni iklan Maharaja Lawak kat Mustika jer.. tapi ada jugak rupanya kuar di Prima. Hmmm.. melepas la kawe, tak dapat tengok! Nak beli paket Mustika pun susah… paket2 yg ada pun tak terdaya nak tgk. Hujung2 kawe tgk 811 sampai 818 jugak!

Kalau tgk video klip tu ada peningkatan budak Amir tu. Memang lah tak standing dgn Zizan, Johan, Nabil & Co.. tetapi not too bad. Dan kawe setuju.. bukan senang nak buat persembahan atas stage tu depan org ramai. Kalau kat keje kawin pun ramai yg segan2 nak karaoke depan org ramai.. :D
Ismail N´s last [type] ..Wajarkah Kanak-Kanak Di Pukul Di Sekolah

Reply

azwan April 6, 2011 at 8:59 am

811 sampai 818 lah payah aku nak nengok kat rumah, melainkan wife aku dah tidur atau tak ada citer best kat chanel lain.he..
haha..memang betul…nak karaoke kat kenduri kawin pun ramai yang tolak-tolak..malu…tapi bila kutuk orang lain nyanyi, pandai lak. cis..

Reply

Donny April 5, 2011 at 5:50 pm

Hello bro,
entah kenapa saya tiba2 minat kump.balas.. lawak betul depa 1st week.. good luck amir!
Donny´s last [type] ..Live streaming anugerah bintang popular bharian 2010

Reply

azwan April 6, 2011 at 9:03 am

hello donny.
kumpulan balas memang menghiburkan. dia orang tak nampak kaku, lancar je bercerita, walaupun munkin kadang-kadang terlupa skrip

Reply

Kujie April 5, 2011 at 8:49 pm

tak pernah tgok, mgkn deria ‘gelak’ dah hilang
huhuhu
Kujie´s last [type] ..Tolonglah Suka!

Reply

azwan April 6, 2011 at 9:09 am

tinggal deria apa kak?
golongan ibu-ibu ni akan ketawa dan gelak bila tengok anak je kan. betul tak kak?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: