
Setiap hari dari isnin hingga jumaat jam 530petang, mak aku mesti nak tengok citer ni. Aqso dan Madina. Tepat je 530ptg mak aku dah suruh tukar tv9. Aku yang tak boleh nak bergerak ke mana2 ni terpaksa la tengok gak, bukan tengok pun baik aku surfing ke main PSP ke, tapi dah kerana aku terbaring depan tv so sesekali aku tertengok juga la.
Bukan aku nak bercerita atau memberi sinopsis cerita ni. Nak baca sinopsis cerita boleh pergi kat blog ini.
Cuma yang aku nak katakan, kenapa cerita macam ni boleh dapat masuk kat Malaysia. Cerita ada unsur keagamaan, tetapi ada juga unsur syirik dan khurafat. Aku bukan lah orang sepatutnya untuk anda dengar bila bercakap soal agama. Tapi aku boleh la membezakan perkara yang buruk dan baik. Bagi aku cerita ini amat mengarut sama mengarut macam cerita Bawang Merah Bawang Putih yang pernah suatu ketika dulu popular di Malaysia.
Memang betul kat Malaysia pun ada cerita yang berunsurkan syirik dan khurafat ini. Macam Keliwon contohnya. Tapi cerita2 kat Malaysia ini tak digabungka bersama dengan unsur2 keislaman. Ini amat berbeza dengan cerita dari seberang itu. Bila drama berunsurkan agama islam dari Malaysia ianya tak da pula unsur yang bertentangan dengan islam. Contoh yang terbaru ialah drama Nur Kasih yang sedang ditayangkan kat TV3 sekarang ini. Drama Ghost kat 8tv, takda la dicampurkan dengan unsur keagamaan.
Oh ya..ada orang kata drama ghost tu boleh memesongkan akidah umat islam kat Malaysia. Terpulang la, itu pendapat masing2
Kat Malaysia ini ada golongan yang anti cerita melayu. Ini kerana dalam drama melayu sering kali ada adegan yang tak logik, jalan cerita yang dah boleh dibaca dan macam2 lagi la. Bagi aku drama dari indonesia ini lagi la tak best tak logik dan mengarut.
Aqso dan Madina dikategorikan sebagai soap opera Drama ini kalau tak salah aku sekarang dah masuk episod yang seratus lebih. Biasa la bila drama jenis soap opera ini, adegan banyak dalam studio je. Ini menambahkan lagi ke-tidak-best-an cerita ini berdasarkan pandangan mata aku. Perkara yang boleh membuatkan mata aku sejuk memandang cuma lah awek indon yang comel banget dalam drama ini, Marshanda. Manis dan cantik je bertudung mahupun tidak bertudung
Susah untuk aku ceritakan apa yang mengarut dan tak bestnya drama ini. Anda kena tengok sendiri dan pasti akan tahu apa yang aku maksudkan.







dauna says:
September 17th, 2009 at 1:03 pm
memang best citer tu.tapi bila nak abis?
[Reply]
azwan Reply:
September 17th, 2009 at 8:11 pm
apa yang bestya. tiap kali mak aku tengok tu aku kuar. bosan dan terasa diperbodohkan je tengok citer. banyak sangat benda yang mengarut.
[Reply]