Bola Sepak Moden

28/06/2010


Rasanya telah ramai yang mencadangkan agar mutu pengadilan dalam bola sepak di pertingkatkan seiring dengan kemajuan teknologi sekarang. Banyak keputusan pengadil dalam piala dunia kali ini yang terlalu kritikal.

Bola itu sendiri telah berubah mengikut zaman seiring dengan kemajuan dan kecanggihan peralatan dan bahan dalam membuat sebiji bola. Dulu, bola sepak hanyalah sebiji bola yang diperbuat daripada kulit. Berat untuk ditendang. Kita boleh lihat dalam mana-mana klip perlawanan bola sepak dahulu, bola itu sukar dikawal, sering tersekat-sekat dan tidak selancar pergerakan bola zaman sekarang.

Bola di era bola sepak moden ini sangat mudah dikawal. Setiap pemain mampu membuat hantaran yang cantik dan tepat. Sepakan percuma juga boleh menjadi igaun ngeri penjaga gol. Bola zaman sekarang juga bukan hanya diperbuat daripada jalinan kulit sintetik tapi diperbuat dari bahan yang lebih tahan dan ringan.

Mutu padang juga telah meningkat. Rumput padang dari jenis rumput yang terbaik dan memerlukan penjagaan yang khusus. Saliran air diperbaiki agar air tidak bertakung di dalam padang. Jika air bertakung ianya akan menganggu pergerakan bola dan menganggu tempo permainan bola sepak moden yang cepat dan pantas.

Jersi dan kasut pemain juga telah melalui evolusi seiring dengan perkembangan teknologi zaman sekarang. Kasut yang dahulunya diperbuat daripada campuran kulit kini telah berubah dengan berbagai jenis bahan digunakan untuk menjadikan kasut itu lebih ringan dan sepadan dengan kaki pemain. Ada pemain antarabangsa yang kasutnya direka khas untuk dirinya sahaja. Kasut bola yang dahulunya hanya berwarna hitam, kini telah ada pelbagai variasi warna. Begitu juga dengan jersi pemain. Ada jersi yang direka agar dapat membuatkan pemain merasa sejuk dan menyerap peluh dengan cepat serta mengurangkan rintangan angin semasa berlari.

Ironinya, disebalik kemajuan teknologi dalam bola sepak moden, mutu pengadilan masih tidak berubah. Ianya masih menggunakan kaedah lama. Telah ramai yang mencadangkan agar FIFA menerima teknologi dalam bola sepak seperti sukan-sukan lain. Presiden FIFA, Sepp Blatter, dikatakan tidak bersetuju dengan penggunaan video dan teknologi garisan gol dengan alasan ia terlalu mahal untuk dilaksanakan di seluruh dunia dan mengganggu kelancaran permainan.

Dalam piala dunia 2010 kali ini. Penggunaan video juga telah dicadangakan oleh banyak pihak, banyak insiden yang dilihat semasa ulang tayang tidak selari dengan keputusan pengadil. Perancis yang telah tersingkir dari peringkat kumpulan yang baru sahaja tamat, terpaksa bergelut di dalam pusingan kelayakan. Insiden kontrovesi semasa perlawanan antara Perancis dan Ireland, dimana Thierry Henry telah menggunakan tangan untuk mengawal bola sebelum membuat hantaran kepada William Gallas dan menghasilkan gol seterusnya melayakkan Perancis ke Piala Dunia 2010. Ulang tayang memang jelas menunjukkan Henry mengawal bola tersebut. Henry juga mengakuinya beberapa minggu selepas insiden tersbut.

Pengadil boleh diibaratkan seperti pemandu, manakala perlawanan bola sepak itu seperti sebuah kereta. Jika kereta itu penuh dengan teknologi baru, aksesori baru dan mempunyai enjin yang terbaik, dipandu oleh seorang tua yang tidak tahu tentang kecanggihan kereta tersebut. Sudah tentu kereta tersbut tidak dapat mencapai prestasi terbaiknya.

Insiden terbaru dalam piala dunia kali ini, sepakan Lampard yang terkena palang gol dan masuk ke dalam gol tidak disahkan pengadil. Begitu juga dengan beberapa keputusan pengadil tentang kedudukan off-side pemain. Jika dilihat dari ulang tayang memang banyak keputusan pengadil yang diragui dan boleh dipertikaikan.

Sumber :
~ bharian.com.my
~ skysports.com
~ news.bbc.co.uk
~ wikipedia

This post was written by

azwan – who has written posts on AzwanAnuar.com.
Seorang blogger tidak sepenuh masa, yang kadang-kadang kala hilang mood untuk menulis. Menulis banyak perkara yang hanya terlintas dalam fikiran tanpa sebarang paksaan dan bayaran. Tapi boleh juga kalau nak bayar, asalkan nilai yang diberikan memuaskan hati.heh..

Email  • Google + • Facebook  • Twitter

{ 10 comments… read them below or add one }

NK June 29, 2010 at 1:12 pm

haha,

cube tengok kat notakosong.com, NK ada post tentang bukti sebenar Lampard memang tak score pun.

Reply

azwan June 29, 2010 at 8:33 pm

memang terbukti lah…pakat2 semua gi tengok kat blog NK. kenapa aku tak perasan masa ulang tayang aritu.hehe…

Reply

Syafrizal June 29, 2010 at 1:30 pm

biasa la.. mesti ada sebab tak nak upgrade..
duit lagi.. hehe…
Syafrizal´s last [type] ..Pameran produk halal tapi yang dipamerkan haram

Reply

azwan June 29, 2010 at 8:37 pm

sebelum start piala dunia aritu. FIFA ada buat mesyuarat dan membentangkan akaun mereka. mereka mendapat keuntungan lebih banyak berbanding tahun lepas. so duit bukan masalah. FIFA banyak duit. kalau tak nak guna teknologi canggih, guna rakaman ulang tayang je.

Reply

Wan Perlis June 30, 2010 at 5:20 pm

hmm worldcup akan dtg kat bola ada chip

Reply

azwan July 5, 2010 at 11:15 pm

aku pun baru baca pasal itu minggu lepas. FIFA akan mempertimbangkan semula cadangan penggunaan teknologi dalam bola sepak

Reply

etomyam July 2, 2010 at 12:21 am

teknologi dah ada patut kena gunakan, letih org dok cipta :D
etomyam´s last [type] ..Tutorial- Floating Social Bookmark Gaya Mashable

Reply

azwan July 5, 2010 at 11:19 pm

betul tu. tapi ada yang kata tak boleh gunakan teknologi kerana akan menghilangkan keseronokkan permainan itu. menurut subkhidin (pengadil malaysia), teknologi akan membuatkan pemain hilang rasa hormat kat pengadil. betul ke?

Reply

Thoha July 3, 2010 at 5:14 pm

mungkin suatu hari teknologi akan digunakan sepenuhnya dalam perlawanan bolasepak..

Reply

azwan July 5, 2010 at 11:24 pm

maknanya tak ada pengadil ke?
er..macam tak best lah pulok..kalau kalah, sapa lagi nak dipersalahkan? hehe… :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: