Fantasy Premier League Buat Kaki Bola

Posted on August 15, 2009
Filed Under Sukan | 4 Comments


Demam sudah bermula.
Buat peminat bola seluruh dunia pastinya akan tertunggu perlawanan pertama di dalam liga yang paling popular di planet bumi ini, BPL atau dulu dikenali sebagai EPL. Popular seantero dunia, rata2 pemain profesional antarabangsa pasti menginginkan bermain di BPL. Bukan takat pemain profesional dunia. Budak kecik yang baru belajar mengenal pun bercita2 nak main untuk man utd, arsenal, chelsea. Betapa popularnya liga ini anda boleh lihat sendiri la kat mana2 kedai mamak (mapley) kat malaysia ni. Pasti penuh kalau ada perlawanan tumpuan malam tu.
Cuba bandingkan jika ada perlawanan tumpuan dalam liga malaysia, tak da yang tengok pun.

Bukan nak bercerita pasal liga atau mutu tempatan. Buat kaki bola sudah pasti akan ada yang join fantasy premier league (FPL).

Apa itu FPL?
jika ada terdetik soalan tersebut di dalam hati anda, aku cukup yakin anda bukan la peminat bola.
Macam ni, FPL ini menjadikan diri anda adalah seorang pengurus pasukan. Dengan peruntukan yang disediakan sebanyak 100 dirham, anda kena pilih pemain yang anda rasa boleh mendapatkan point yang terbaik dalam setiap perlawanan. Anda kena memilih 2 Goalkeepers, 5 Defenders, 5 Midfielders, 3 Forwards

Macam mana nak dapat point?
Point akan diberikan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pengajur. Contohnya jika pemain forwards anda berjaya menjaringkan gol, dia akan mendapat 4 point.
Untuk maklumat lanjut tentang peraturannya boleh tengok di sini – Rules


Aku pun dah buat team sendiri, nama team aku – Kukukaki United, aku dah join liga yang dianjurkan oleh KBsoccernet. Rugi la tak join sebab ianya menawarkan hadiah sebanyak RM200 setiap bulan. Tapi peluang amat la tipis kerana jumlah team setakat entry ini ditulis ialah 93 team. Banyak betul, seorang munkin hantar 2,3 team. Aku sendiri pun letak 2 team.


Aku pun ada menganjurkan liga sendiri di sertai kalangan rakan2 aku je. Tiada apa2 hadiah yang ditawarkan. Cuma maruah yang menjadi taruhan.haha..kalau kalah kena kutuk la
Liga Super Mazola – kod 943636-248063
Sesiapa yang berminat boleh la join, tapi ingat, tak ada hadiah tau, suka suki je.


Selain main di fantasy premier league, aku pun ada join game yang diajurkan oleh stadium astro.
Kerana apa menyusahkan diri join game ini?
kerana apa lagi kalau bukan bermotifkan wang. Hadiah utama bernilai RM50k. Banyak tu sapa nak bagi, doakan aku semoga aku berjaya medapatkan hadiah wang tunai itu. Kalau aku dapat duit itu, habis musim bola ini aku kawin. Kalau tak dapat, kena tunggu ada duit la baru kawin.hehe..

Buat semua teman wanita, isteri atau tunang yang pasangannya ialah seorang kaki bola. Diharapkan entry aku ini dapat membantu anda lebih memahami minat pasangan anda. Munkin mereka ada join mana2 liga yang menawarkan hadiah yang lumayan. Kalau mereka menang, anda juga pasti gembira.

Ada beberapa perkara yang perlu anda ingat. Antaranya ialah :
-Jangan marah atau menganggu mereka ketika mereka sedang asyik menonton bola.
-Jangan halang atau tidak membenarkan mereka keluar rumah di awal pagi untuk menonton bola di kedai mamak bersama rakan2 walaupun kat rumah dah ada astro.
-Jangan marah atau bising2 jika lambat reply SMS anda atau lambat angkat fon dari anda.
-Sediakan air untuk kaki bola itu menonton bola dengan lebih selesa dan seronok jika anda tidak mahu dia keluar rumah.
-Jika ada perlawanan tumpuan, biasanya hari ahad atau lebih dikenali sebagai Super Sunday, sila beri laluan kepada kaki bola nak tengok, kerana ianya antara hidup dan mati seorang kaki bola. Pasti anda tidak mahu melihat kaki bola itu mati, betul tak

Kerana apa aku memberikan beberapa tips itu?
Jangan ganggu pasangan anda yang sedang menonton bola, kerana munkin dia sedang merancang dan membuat analisis perlawanan serta pemain yang munkin dia dah beli. Berikan ruang kepada kami untuk menjadi pengurus yang berjaya

Artikel Yang Berkaitan

Tags: , , ,

Comments

4 Responses to “Fantasy Premier League Buat Kaki Bola”

  1. alizmiealya says:

    August 18th, 2009 at 10:46 am

    >best ar epl da start kn..baru ar tk bosan weekend..layan bola ngn fahmi n adriana..hihi..
    >wah..da start berfantasi2 ye..hihi..aku suke tgk org berfantasi je..nk join malas..btw..gd luck ye azwan..mane tau rezki ko dapat 200 tu..bole le banje aku buke pose nti..ok?

    [Reply]

    azwan Reply:

    Belanja buka pose, insyallah kalau ada rezeki aku belanja. Tengok dengan fahmi ok la, tapi jangan la ajak adriana tengok bola gak, bukak tv yang ada rancangan masakan ke menjahit baju ke tuk anak ko tu. Baru la boleh masuk rancangan gadis melayu nanti.

    [Reply]

  2. naz says:

    August 18th, 2009 at 2:03 pm

    baguih2, aku dah join dua2 skali sebelum start season.hidup kakibola!

    [Reply]

    azwan Reply:

    so sekarang apa kedudukan ko dalam liga tu. ko pilih player yang bagus2 tak?
    selamat berjuang

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled