Malaysia Menang Emas Bola Sepak
Posted on December 20, 2009
Filed Under Sukan | Leave a Comment

Umum telah mengetahui berita gembira ini. Malaysia menang melawan Vietnam dalam perebutan emas acara bola sepak di sukan sea. Emas yang ditunggu selama 20 tahun.

Aku menonton perlawanan itu di Sri Pentas bandar utama. Balik dari office dengan keadaan pada petang itu hujan renyai2, aku redah juga menuju Sri Pentas dengan kawan aku.

Saja nak tengok kat sana, bukan tak boleh tengok kat rumah, tapi kalau tengok kat luar ni feelnya lain sikit. Lebih seronok tengok kat luar. Boleh menjerit dan memaki hamun sesuka hati secara beramai2.
Separuh masa pertama, satu permainan bola sepak yang membosankan. Kedua2 pasukan banyak bermain secara berhati2. Malaysia nampaknya kurang menyengat pada masa pertama ini. Ada sekali 2 percubaan dari vietnam yang mampu menggusarkan penyokong malaysia. Pada separuh masa pertam ini, ada satu percubaan yang dilakukan oleh vietnam, tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol malaysia. Aku rasa itulah aksi terbaik menyelamatkan bola oleh penjaga gol malaysia yang pernah aku saksikan.
Separuh masa kedua seperti ada satu semangat yang baru kepada pemain malaysia. Mereka tidak henti2 mencari gol dengan pelbagai cubaan. Tidak senang duduk semua penyokong malaysia yang ada kat sri pentas hari itu. Banyak sangat percubaan. Ada satu percubaan itu, hampir2 mencipta gol, tapi ada pula pemain vietnam kat depan pintu gol.cis..habis sumpah seranah semua keluar. Malaysia menguasai perlawanan pada separuh masa kedua. Usaha tanga kejayaan. Akhirnya gol yang ditunggu selama 20 tahun menjelma.

Maka bergema la sri pentas dengan sorakan meraikan gol itu. Aku rasa bukan satu malaysia pasti bersorak. Walau dimana jua anda menonton waktu itu, aku pasti anda juga akan turut bersorak. Tanpa disedari air mata mengalir, kenapa ntah.hehe…terharu dan gembira sangat.
Selain daripada nasib, tenaga amat penting di samping percaturan taktikal jurulatih. Namun, dari segi teknikal, pemain kita wajar sekali berusaha lebih keras untuk lebih tajam lagi seperti dari segi, teknik sepak, kreativiti, imaginasi dan sebagainya. Dari segi ini aku dapat rasakan pemain Malaysia masih belum benar-benar mahir.
Aku ingin melihat aksi mereka pada peringkat Asia dengan menguji pula kekuatan Korea Selatan, Jepun dan sebagainya, pada peringkat ini kehebatan teknikal, taktikal dan tenaga mereka akan lebih teruji.
Kenapa pasukan ini nampak kuat dan mantap?
Aku rasa kerana keserasian mereka bermain bersama. Kebanyakkan dari mereka telah bersama dengan Rajagobal sejak 5 tahun dulu lagi. Bila dah 5 tahun main bersama, aku rasa setiap antara mereka sudah faham corak permainan masing2. Jurulatih juga sudah cukup memahami kekuatan dan kelemahan pemainnya.
5tahun adalah tempoh masa yang lama. Ibarat masuk sekolah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Mesti anda dah dapat kenal perangai kawan2 dan cikgu2 kan. Macam itu la juga mereka.
FAM bolehlah tersenyum bangga namun tugas besar masih menanti untuk mencapai sasaran ke Piala Asia atau Piala Dunia pula. Diharapkan FAM juga akan terus mengekalkan pasukan yang ada sekarang. Selain itu turut meggerakkan pencarian bakat2 baru dalam sukan ini.
Kemenangan dalam sukan bola sepak ini nampaknya menenggelami kejayaan jaguh-jaguh negara dalam sukan yang lain. Antaranya emas dalam tinju, emas dalam badminton wanita, kehebatan danial bego di kolam renang. Ini mungkin kerana terlalu lama tidak menjadi juara atau tidak langsung menjangka pasukan negara menjadi juara.
Selamat maju jaya kepada pasukan bola sepak malaysia bawah 23 tahun. Semoga terus mencipta kejayaan di masa depan.






