Munkinkah Zaman Kegemilangan Itu Kembali?
Posted on December 14, 2009
Filed Under Sukan | Leave a Comment

Aku rasa ramai peminat bola di malaysia yang menonton perlawanan antara Malaysia dan Laos. Terima kasih kepada TM kerana membawakan perlawanan penting itu untuk rakyat Malaysia. Perlawanan yang akan menentukan hidup dan mati pasukan bola sepak malaysia dalam sukan SEA yang sedang berlangsung di Laos. Kalau kalah bermakna misi membawa pingat emas akan berakhir.
Satu perlawanan yang cukup menarik. Malaysia mendahului 1 gol di babak pertama dan pada babak kedua kelebihan jaringan itu di padamkan semula oleh pemain Laos. Selepas gol penyamaan Laos itu pasukan Malaysia mula hilang rentak. Dalam hati aku berkata “dah mula down pulak player malaysia ni” Laos banyak mengawal bola dan banyak membuat serangan. Malaysia mendapat 2 gol pada penghujung babak kedua. Akhirny malaysia menang dengan keputusan 3-1
Bukan ingin mengulas tentang perlawanan itu.
Munkin ini la pasukan yang selama ini diinginkan dan ditunggu2 oleh seluruh peminat bola sepak malaysia. Jangan memperkecilkan mereka, kerana pasukan ini telah menutup banyak mulut yang sebelum ini mengatakan mereka tidak munkin menang bila bertemu Thailand. Kesudahannya, mereka menang ke atas Thailand dan layak ke separuh akhir.
Sudah lama sangat rasanya pasukan bola sepak kita tidak menang apa2 kejuaran yang besar di peringkat antarabangsa. Kali terakhir ialah pesta bola merdeka yang disertai oleh pasukan lebih rendah ranking dalam FIFA berbanding malaysia.
Kebanyakkan pemain dalam skuad sukan sea ini ialah pemain di bawah umur 23 tahun. Jika keseluruhan pemain di kekalkan bersama untuk tempoh yang lama, munkin kita akan dapat melihat kebangkitan semula Malaysia sebagai kuasa besar bola sepak asean. Mereka masih muda dan patut di dedahkan lagi dengan banyak perlawanan persahabatan di peringkat antarabangsa. Banyakkan perlawanan melibatkan pasukan yang lebih kuat berbanding Malaysia.
Aku teringin nak merasai seperti mana yang pernah dialami oleh penyokong malaysia pada zaman dulu. Masa zaman kegemilangan pasukan bola sepak Malaysia. Zaman di mana malaysia lebih hebat dari Korea dan jepun. Zaman di mana Malaysia mampu menang dalam perlawanan persahabatan dengan Arsenal. Ada orang lama kat office aku cerita. Masa itu kalau dengar pasukan malaysia nak main, seluruh rakyat jelata datang bagi sokongan. Datang nak tengok permainan mokhtar dahri, santokh singh, soh chee aun, arumugam (sekadar menyebut beberapa nama)
Masa semua tu berlaku, aku belum lahir.
Aku lahir, pasukan bola sepak malaysia memang tak pernah menang apa2. Itu je yang aku dapat rasa. Rasa kecewa setiap kali melihat pasukan malaysia main. Rasa menyampah dengan pemain2 yang macam tak tahu main bola. Rasa tertipu dengan janji2 manis dan kata2 semangat dalam akhbar sebelum apa2 kejohanan bermula dan juga sia2 je datang stadium.
Diharapkan pasukan yang ada sekarang ini akan terus mengekalkan kecemerlangan dan tahap juang yang tinggi. Ramai yang mengatakan pasukan skuad ke sukan sea ini mempunyai masa depan yang cerah dan munkin juga mereka lah yang akan mengembalikan semula zaman kegemilangan bola sepak malaysia.







