Pertunjukkan Harimau Muda di Slovakia
Posted on March 9, 2010
Filed Under Sukan | Leave a Comment

Harimau Muda ke Slovakia sekadar mengadakan perlawanan persahabatan?
Saingan kompetitif Liga Satu Slovakia yang dibangga-banggakan FAM serta peminat bola sepak tempatan adakah sebenarnya palsu semata-mata?
Selepas memenangi saingan liga perdana tahun lepas. Harimau muda dinafikan hak untuk menuntut hadiah kemenangan atas faktor teknikal dan peraturan yang telah ditetapkan. K.Rajagobal telah dinaikkan pangkat untuk menjadi jurulatih pasukan kebangsaan bawah 23. Manakala bekas jurulatih kedah Mohd Azraai Khor dilantik sebagai pengganti. Mengikut peraturan yang ditetapkan, johan dan naib johan liga perdana akan layak untuk bersaing dalam liga super. Bertitik tolak dari kemenangan itu, FAM ingin memberikan pendedahan yang lebih baik kepada harimau muda dengan merancang untuk menghantar mereka bersaing dalam liga singapura dan bukan dalam liga super di malaysia.
Akan tetapi permohonan untuk bersaing dalam liga singapura di tolak. Pada masa yang sama saingan liga tempatan telah bermula. FAM tersepit, ingin menempatkan semula harimau muda dalam saingan liga super. Mesyuarat di adakan dengan semua pasukan yang bersaing dalam liga super, hasilnya semua pasukan tidak bersetuju membenarkan mereka bersaing dalam liga super dengan alasan saingan telah bermula. Jika harimau muda menyertai saingan liga super, banyak perkara yang perlu dirombak, antaranya ialah jadual perlawanan. Sudah semestinya perbelanjaan pasukan juga terpaksa dirombak kerana ada pertambahan dalam jadual perlawanan.
Azrai Khor mengibaratkan pasukan harimau muda seperti merempat di bumi sendiri, kerana tidak dibenarkan beraksi dalam liga super. Dalam keadaan tersepit akhirnya FAM menemui jalan penyelesaian, menghantar harimau muda ke Slovakia.
Jika sekadar mengadakan ‘perlawanan persahabatan’, setiap pasukan yang akan ditentang pasti tidak akan menunjukkan prestasi sebenar mereka. Mengapa perlu mempamerkan aksi sebenar jika pertemuan dengan harimau muda tidak membawa sebarang mata kepada mereka. Sudah tentu jurulatih pasukan di dalam liga slovakia tersebut tidak akan menurunkan pemain utama bagi mengelakan kecederaan.
Jika hal ini benar. Bermakna FAM telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar semua kelab slovakia bagi setiap perlawanan. Wang yang dikeluarkan adalah wang rakyat malaysia. Akibat kelemahan pengurusan dan perancangan FAM sejumlah wang yang besar terpaksa dilaburkan demi menutup kelemahan. Gagal merancang, merancang kegagalan.
Jika hal ini benar. Sebagai penyokong pasukan kebangsaan, aku merasa ditipu. Merasa ditipu kerana percaya mereka dihantar kesana bersaing dalam liga yang kompetitif. Kompetitif bermaksud setiap pasukan yang akan di tentang akan memberikan saingan yang sangat hebat.
Jika hal ini didapati benar. Adalah lebih baik keseluruhan FAM dirombak. Keseluruhan bermakna rombakan perlu dibuat bermula dari peringkat tertinggi lagi, bukan sekadar melantik dan memberhentikan sesetengah jawatan sahaja. Ibarat sepohon pokok, jika akarnya tidak baik dan kuat, pokok akan mati.
Jika hal ini benar. Elok rasanya SPRM menyiasat FAM kerana munkin terdapat penyalah gunaan wang rakyat dalam urus tadbir FAM itu sendiri.
Apa reaksi FAM selepas ini, kita tunggu dan lihat
Sumber : hmetro.com.my





