
Pusingan pertama piala dunia dah tamat. Seperti biasa perlawanan pertama kebanyakkan hambar. Banyak pasukan yang mengamalkan corak permainan berhati. Munkin bagi mengelakkan kecederaan.
England dibarisi ramai pemain berbakat dan hebat. Hanya memerlukan masa 4 minit selepas sepak mula untuk menjaringkan gol. Berjaya mengekang dan mengawal asakan pasukan USA. Banyak percubaan dan gerakan yang dilakukan England, tidak mampu menembusi benteng akhir USA, Tim Howard, yang mempunyai pengalaman luas dalam EPL. Akibat kesilapan penjaga gol, Robert Green, yang gagal menangkap kemas sepakan luar kotak Clint Dempsey, melenyapkan 3 mata bersih yang ingin dibawa England. Kesan dari itu, ramai peminat England mempertikaikan taktik yang digunakan Capello meletakkan Lampard dan Gerrard bersama di tengah dan tidak menurunkan Joe Hart sebagai penjaga gol utama.
Pemain pujaan ramai, Messi ternyata hampa dengan ketangkasan penjaga gol Nigeria Vincent Enyema. Banyak percubaan yang dilakukan Messi berjaya diselamatkan Enyema. Penyerang Argentina juga buntu untuk mendapatkan jaringan walaupun permainan dikuasai oleh mereka. Heinze berjaya menyelamatkan maruah Argentina dengan satu tandukan cantik hasil dari sepakan penjuru. Tahukah anda, Maradona di khabarkan akan berlari bogel jika Argentina menjadi juara dalam Piala Dunia kali ini. Nak tengok Maradona bogel? sokong lah Argentina untuk menjadi juara.
Portugal dan Ivory Cost hanya mampu seri tanpa jaringan. Portugal diketuai oleh pemain termahal dunia, Ronaldo, tidak mampu untuk menewaskan Ivory Cost. Drogba yang cedera hanya dimasukkan pada minit ke 63, juga tidak mampu untuk menjaringkan gol.
Itali dan Perancis ternyata bukan pilihan untuk menjadi juara. Pasukan yang membariskan ramai pemain berpengalaman ternyata tidak mampu untuk membuktikan sesuatu dalam pusingan pertama ini.
Paling aku suka, pasukan asia berjaya membuktikan ‘asia bagus’. Korea Utara diketuai oleh pemain Man Utd, Park Ji Sung berjaya menewaskan Greece 2-0. Jepun berjaya menewaskan Cameroon 1-0 dan walaupun Korea Selatan kalah kepada Brazil, tetapi mereka menunjukkan kesungguhan dan berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir. Semangat yang harus diikuti oleh pemain Malaysia. Tapi Australia tidak bermula dengan baik dalam perlawanan pusingan pertama ini apabila tewas 0-4 ditangan Jerman.
Keputusan paling mengejutkan pusingan pertama ialah kekalahan pasukan pilihan, pasukan yang diramalkan bakal menjadi juara, Sepanyol. Kekalahan 1-0 kepada Switzerland adalah keputusan paling mengejutkan dalam pusingan pertama. Hampir 70% permainan dikuasai oleh Sepanyol, tapi nasib lebih menyebelahi Switzerland, dengan 1 serangan balas Switzerland berjaya menjaringkan gol. Ini lah bola sepak, bola itu bulat.







azizan4444 says:
June 21st, 2010 at 5:07 pm
pusingan awl ni bnyk team pilihan kalah dan sekadar mencatat keputusan seri je..mmg gimik btol wc thn ni…tp brazil tetap dgn sambanya..ad peluang bsr nk mng,,
azizan4444´s last [type] ..Selamat Hari Jadi ; 1K Hadiah Daripada Nuffnang
[Reply]
azwan Reply:
June 21st, 2010 at 9:21 pm
Brazil fan ke ni?
brazil dah memang sinonim dengan world cup ini. tapi dalam team brazil dah tak ada pemain yang menghiburkan seperti ronaldinho. bagi aku dia lah pemain yang menghiburkan. sekarang ni suka tengok gerakan2 messi yang menarik.
aku menyokong semua pasukan asia
[Reply]
Thoha says:
June 21st, 2010 at 9:34 pm
salam..memang sedikit hambar world cup pada pusingan pertama ni..
[Reply]
azwan Reply:
June 21st, 2010 at 9:41 pm
hambar serta banyak keputusan yang mengejutkan. juga tidak kurang beberapa keputusan pengadil yang diragui.
[Reply]