• ::Iklan

    Malaysia Cheap Web Hosting

Rumah Cristiano Ronaldo Untuk Di Jual

Jika anda ingin kelainan untuk menyambut raya pada tahun ini. Apa kata anda beli je rumah Ronaldo yang berada di Alderley Edge, Cheshire. Rumah yang lengkap dengan kolam renang itu sangat menarik untuk didiami.

Memandangkan dia kini sudah berada di Spain untuk bermain dengan Real Madrid, dia bercadang menjual rumah besar dia ni kepada sesiapa yang berminat. Dia membeli rumah itu dengan harga STG3.9 juta (RM23 juta) kira-kira 18 bulan lalu. Namun, di sebalik kemelesetan ekonomi dunia, pemain berusia 24 tahun itu berharap mendapat STG1 juta (RM5.8 juta) daripada penjualan rumah agam itu. Ok la tu kan, sesiapa yang ada duit boleh beli. Berminat? Murah la tu daripada harga asal.

Pemain baru Manchester City, Carlos Tevez, 25, dikatakan amat berminat untuk membeli rumah itu. Dia boleh la nak beli dengan gaji STG150,000 (RM871,400) seminggu. Seminggu beb. Kita ni kat Malaysia kalau setahun pun tak digunakan gaji yang kita dapat tu, belum tentu boleh nak sama banyak dengan gaji mereka seminggu tu.


Pemain bola Malaysia pula, ada yang sampai tak dapat gaji 3,2 bulan dan tiada potongan KWSP. Kesian betul, macam mana nak bagi makan anak bini kalau tak dapat gaji. Barang2 dah la mahal sekarang. Tenaga ditagih untuk mendapatkan kemenangan pasukan, tapi gaji tak bayar. Sebab itu la mak bapak sekarang ini tak bagi anaknya jadi pemain bola kat Malaysia ini. Masa depan bukan tak ada, cuma kurang yakin dan hanya segelintir yang berjaya. Cuba bagi contoh player kita siapa yang berjaya? Apa pencapaian yang dia? Tak ada, betul tak?

Bagi sesiapa yang berminat dan mempunyai kekayaan yang hampir sama dengannya, boleh la call ronaldo.

Kat Malaysia ni tak leh ada rumah besar2 sangat, nanti orang akan mengata yang bukan2.
“Kerja jadi doktor gigi je dah ada rumah besar berjuta” orang kata.

Lagi satu,rumah besar akan jadi sasaran pelbagai jenis geng perampok.
Banyak kes perampok ni orang seberang kan. Betul tak? Datang Malaysia jadi perampok lak, kurang hajar betul

Source : myMetro

Artikel Yang Berkaitan

This entry was posted in Sukan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.
  • :: Menarik untuk dibaca hari ini

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • :: Cerita-cerita Menarik

  • Masukkan email anda untuk dapatkan cerita terbaru: